Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mahkamah Keluarkan Waran Tangkap Terhadap Nelydia Senrose - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mahkamah Keluarkan Waran Tangkap Terhadap Nelydia Senrose


Mahkamah Keluarkan Waran Tangkap Terhadap Nelydia Senrose |Nelydia Senrose Bakal Di Tahan|Gara-gara tidak hadir bagi menghadapi tuduhan gagal mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), mahkamah Majistret Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap pelakon Nelydia Senrose.

Harian Metro melaporkan, Nelydia atau nama penuhnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen gagal mengemukakan Borang B bagi lima tahun taksiran iaitu tahun taksiran bermula 2009 hingga 2013.

“Saman sudah diserahkan kepada tertuduh dengan sempurna pada 11 April lalu mengkehendaki tertuduh hadir sesi sebutan kes pada 12 April di Mahkamah Majistret Shah Alam tetapi tertuduh atau wakil gagal hadir,” kata LHDN menerusi satu kenyataan media.

Nelydia, 23, menghadapi lima pertuduhan kerana gagal untuk mematuhi notis di bawah Seksyen 78(a) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Peguam LHDN, Nurulsheeda Mohd Yahaya memohon satu perintah waran tangkap dikeluarkan terhadap tertuduh dan dibenarkan oleh Majistret Sarulatha Paramavathar.

LHDN berkata, Nelydia turut menghadapi satu pertuduhan lagi kerana gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 81 ACP1967 bagi mengemukakan maklumat secara lisan kepada LHDN.

“Kegagalan mematuhi kedua-dua notis adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 120 (1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 dan jika bersalah tertuduh boleh didenda tidak kurang daripada RM200 dan tidak lebih daripada RM20,000 atau penjara bagi satu tempoh tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Majistret P. Sarulatha menetapkan 24 Mei depan sebagai tarikh baharu sebutan kes berkenaan.

The post Mahkamah Keluarkan Waran Tangkap Terhadap Nelydia Senrose appeared first on Eberita.org.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oYIb6K

✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.