[TERKINI] Isteri Zairil Sebenarnya Yang Sebarkan Gambar Mesra Suaminya Bersama Dyana Sofya?
loading…
loading…
-
[TERKINI] Isteri Zairil Sebenarnya Yang Sebarkan Gambar Mesra Suaminya Bersama Dyana Sofya?
-
Memetik sumber dari azmyawangklanajaya.blogspot.com, gambar-gambar intim Dyana Sofya bersama Zairil Khir Johari sebenarnya telah dimuat naik oleh isteri Zairil sendiri, Dahlia kerana tidak tahan lagi dengan skandal sulit suaminya.
-
Dahlia dikatakan telah lama mengesyaki Zairil curang dan main kayu tiga dengan Dyana Sofya. Gangguan daripada Dahlia menyebabkan Lim Guan Eng meminta jasa baik bapanya, Lim Kit Siang untuk menjauhkan Dyana Sofya daripada Zairil.
-
Dahlia Dikatakan Sengaja Membuat ‘Tag’ Kepada Dyana Sofya Di Facebook Ketika Memuat Naik Gambar-Gambar Tersebut. Zairil Yang Menyedarinya Lima Minit Kemudian Bertindak Memadam Kesemua Gambar.
-
Gambar-gambar tersebut sebenarnya dirakamkan dalam satu majlis di sebuah hotel di Pulau Pinang dan kedua-duanya dalam keadaan mabuk. Gambar-gambar tersebut sebenarnya dirakamkan oleh kawan-kawan mereka, tetapi kemudian diserahkan kepada Dahlia.
-
Dahlia yang sakit hati, kemudiannya memuat naik gambar-gambar tersebut dan dengan sengaja membuat ‘tag’ kepada Dyana Sofya. Zairil yang kemudiannya mendapat tahu gambar-gambarnya bersama Dyana Sofya telah dimuatnaik ke akaun peribadinya lima minit kemudian, bertindak memadam kesemua gambar dengan harapan tiada sesiapa yang dapat melihat dan mengesannya.
-
-
20 Oktober: Dyana Sofya Dan Zairil Batal Laporan Polis
-
Laporan polis berhubung gambar intim antara Dyana Sofya dan Zairil Khir Johari yang tersebar luas di media sosial dibatalkan tanpa memberitahu sebarang sebab kepada wartawan yang telah menunggu sejak jam 11 pagi pada 20 Oktober 2014.
-
Satu pesanan ringkas kepada wartawan memberitahu bahawa Dyana dan Zairil bakal membuat laporan polis berhubung gambar mereka yang tersebar di Balai Polis Jalan Pudu pada jam 12 tengahari.
-
Namun setelah lebih sejam menunggu kelibat kedua-dua pemimpin muda DAP itu tidak kelihatan. Pada jam 12.30 tengahari, satu lagi pesanan ringkas dihantar kepada para wartawan memberitahu yang laporan polis dan sidang media telah dibatalkan.
-
-
Kecoh, Heboh Dan Gamat Satu Malaysia Apabila Gambar Adegan Bercumbuan Puteri DAP, Dyana Sofya Bersama Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari Tersebar Di Media Sosial Sejak Hari Ahad, 19 Oktober 2014
-
-
Image via katakcomel.my
-
-
-
Dari Mana Datangnya Gambar-Gambar Tersebut? Menerusi ‘Screenshot Di Bawah, Kesemua Gambar Mesra Berkenaan Telah Dimuat Naik Oleh Zairil Sendiri Di Akaun Facebook Miliknya.
-
-
Image via theunreportednews.blogspot
-
-
-
Siapakah Zairil Khir Johari? Menurut Maklumat Yang Diperoleh Dari Wikipedia, Zairil Sudah Pun Mendirikan Rumah Tangga Dan Mempunyai Dua Orang Cahaya Mata.
-
Sejauh Manakah Kebenaran Perkara Ini? Ketika Disoal, Zairil Menafikan Perkara Terbabit Sambil Menyifatkan Penyebaran Gambar-Gambar Ini Sebagai Taktik Politik Longkang Yang Semakin Kronik.
-
Zairil Khir Johari menafikan beliau adalah individu yang dikaitkan dengan gambar-gambar intim bersama Dyana Sofia. Sebaliknya beliau menyifatkan penyebaran gambar yang kononnya menyerupai wajahnya dan Dyana itu sebagai satu fitnah untuk mematikan karier politiknya sebagai pemimpin Melayu di dalam DAP.
-
“Saya tak nak komen sangat isu bebal macam ini, cuma hendak cakap politik longkang di Malaysia semakin teruk. Bukan kali pertama difitnah atau menjadi mangsa, sudah tiada isu lain hendak main,” katanya.
-
Walaupun gambar tersebut seolah-olah dimuat naik dalam akaun facebook dengan gambar profilnya, pemimpin pembangkang berusia 32 tahun itu tidak mengulas sama ada akaun media sosial itu palsu atau ia dilakukan oleh penggodam.
-
-
Bagaimana Pula Respon Dyana Sofya? Beliau Tidak Memberi Komen Sama Ada Gambar Itu Benar Atau Tidak Namun Berasa Marah Dengan Tindakan Pihak Yang Tidak Bertanggungjawab.
-
Dyana Sofya menegaskan serangan peribadi ke atasnya kali ini adalah kerana beliau seorang wanita yang mudah dibuli.
-
“Saya berasa marah tetapi saya tidak akan layan politik jahat macam ini. Sebagai seorang wanita, saya sasaran yang mudah. Sebab saya wanita, saya dilihat sebagai mudah dibuli. Saya marah, tetapi saya tak nak layan politik jahat macam ini,” ulas Dyana Sofya.
-
Dyana Sofya Turut Menggunakan Twitter Untuk Meluahkan Rasa Kesal Terhadap Kejadian Berkenaan
-
Ini Bukanlah Kali Pertama Dyana Sofya Menjadi Mangsa Serangan Siber. Sebelum Ini, Negara Juga Digemparkan Dengan Tuduhan Ke Atas Dyana Sofya Berpakaian Bikini Untuk Ke Parti Ketika Kempen Pilihan Raya Lalu.
-
Dalam Pada Itu, Ibu Dyana Sofya, Yammy Samat Menegaskan Anaknya Itu Tidak Bercinta Dengan Zairil Khir Johari Dan Berkata Penyebaran Gambar Intim Itu Sengaja Dilakukan Bagi Merosakkan Imej DAP
-
Yammy Samat berkata penyebaran gambar intim Dyana dan Zairil merupakan fitnah terbaru terhadap anaknya oleh pihak tertentu yang mahu merosakkan imej DAP sekali gus melihat anaknya disingkirkan daripada parti.
-
“Itu bukan Dyana. Dyana dan Zairil tak bercinta! Kalau (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan (Mohamed) Azmin Ali, mereka boleh fitnah dan reka gambar macam-macam, inikan pula Dyana. Ini bukan benda baharu, masa PRK Teluk Intan pun berlaku. Jika difikirkan secara logik, sebagai seorang ahli Parlimen yang dihormati, takkan Zairil nak buat perkara yang jejas imej macam itu,” katanya.
The post [TERKINI] Isteri Zairil Sebenarnya Yang Sebarkan Gambar Mesra Suaminya Bersama Dyana Sofya? appeared first on Berita Viral.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2pKtKmE✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment