Hi! Welcome Back and Stay Tune! Benjy Ditangkap Sorok Dadah Di Dubur - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Benjy Ditangkap Sorok Dadah Di Dubur

Menerusi laporan di laman portal Detikcom, pelakon Malaysia iaitu Benjy sekali lagi telah ditangkap akibat dadah.  kali ini berlaku di Indonesia.

Pihak berkuasa Indonesia menemui dadah jenis syabu yang disorokkan di dalam duburnya.

 Dua paket syabu telah dikeluarkan dari duburnya oleh pasukan keselamatan selepas dia mendarat di Lapangan Terbang Kualanamu, Medan.

Menurut Ketua Pengawasan dan Pelayanan Kastam dan Cukai Lapangan Terbang Kualanamu, Zaky Firmansayah, Benjy tiba di lapangan terbang berkenaan menggunakan pesawat Malindo Air dengan nombor penerbangan OD-322 dari Kuala Lumpur untuk bertemu rakannya.

Benjy ditangkap pada hari Selasa (18/4) malam.

“Suspek bernama Khaeryl @ Benjy, 38.  Dia merupakan pelakon di Malaysia.  Kariernya bermula sejak dia masih muda.  Dia merupakan anak kepada seorang pelakon wanita Malaysia yang terkenal.

“Setelah dilakukan pemeriksaan, ditemukan dua bungkus syabu seberat 14 gram yang disembunyikan di duburnya.

“Suspek mengaku membeli syabu daripada seseorang di Kuala Lumpur. Suspek juga pernah didakwa kerana kes sama (dadah) di Malaysia sebanyak empat kali sekitar 2015,” ujarnya.

Tambah Zaky lagi, suspek sebelum ini pernah ditahan akibat dadah di Malaysia sebanyak empat kali sekitar tahun 2010 – 2015.

Laporan berkenaan turut menyebut, anak kepada seniwati Azean Irdawaty ini, kini ditahan untuk siasatan lanjut di sebuah balai polis di sana.

(Sumber: Detikcom)

Kes dadah yang melibatkan Benjy (sumber Internet)

Pada 11 Mac 2010,Benjy ditahan bagi membantu siasatan penemuan makmal memproses dan membungkus dadah. Polis menemui 850 gram kokain dan 140 gram syabu bernilai RM 650,000 .Dia ditahan bersama teman wanitanya (24) di sebuah unit kondominium disewanya di Jalan Segambut, Kepong . Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang mendapati mereka bergerak bersendirian tanpa penglibatan sindiket dalam atau luar negara. Dadah itu dipercayai diedarkan kepada artis di pertunjukan pentas.

Pada 17 Ogos 2011 pula, pelakon itu didenda RM5,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas didapati bersalah atas tuduhan memiliki syabu seberat 0.24 gram yang ditemukan di rumahnya di Kondominium Menara Duta 2.

Pada 5 Mac 2015, Benjy ditahan bersama seorang wanita di Hainan, The Reeds Boutique Hotel, selepas polis menemukan dadah jenis methamphetamine anggaran berat 9.33 gram.

Pada 27 Mac 2015, tidak sampai sebulan ditahan kerana memiliki dadah untuk kali ketiga, pelakon, Khaeryll Benjamin Ibrahim, 37, atau Benjy sekali lagi ditahan atas kesalahan yang sama hari ini.

The post Benjy Ditangkap Sorok Dadah Di Dubur appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oaN3Z6

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.