Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tersingkir MLM2017, Acong Bikin Showcase Bersama Sweetchild - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tersingkir MLM2017, Acong Bikin Showcase Bersama Sweetchild

Penyanyi dan pelawak Acong menyifatkan penyingkirannya menerusi kumpulan Nice menerusi Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM2017) pada minggu kelapan baru-baru ini sebenarnya memberi hikmah.

Jelas pemilik nama sebenar Ahmad Fauzi Manat ini, penyingkiran itu membolehkan dia kembali memberi tumpuan kepada karier muzik bersama kumpulan Sweetchild selain meneruskan showcase istimewa bersempena 22 tahun penglibatan mereka dalam industri muzik.

“Sebenarnya dari tahun lepas kami sudah merancang untuk adakan showcase ini tetapi terpaksa ditunda kerana jadual kami yang agak padat selain faktor saya menyertai Maharaja Lawak Mega 2017.
“Penyingkiran kumpulan Nice bersama dua lagi ahli iaitu Ropie dan Tauke daripada pertandingan itu baru-baru sebenarnya ada hikmah dan membolehkan saya bersama Sweetchild teruskan persembahan tersebut.

“Jika tidak tersingkir, saya sendiri pun tidak tahu bila kami dapat merialisasikan showcase itu kerana peminat sering bertanya bila kami ingin adakah persembahan bersama,” katanya.

Acong bersama kumpulan Sweetchild ditemui pada sidang media pengumuman showcase itu yang diadakan di sini, Selasa lalu.

Showcase itu bakal diadakan pada 13 Mei ini di Hard Rock Cafe Melaka pada pukul 8 malam.
Selain Acong, Sweetchild turut dianggotai oleh Suzahari Aziz atau Yem (keyboard), Saiful Azlan Ahmad atau Aalan (gitar), Ahmad Zamri Zainal Abidin atau Ijan (gitar bas) dan Romzi Mohd Minsawi atau Pet (drum).

Dalam pada itu, Acong berkata, pada acara itu nanti mereka akan mempersembahkan 18 buah lagu khas buat peminat selain mengundang dua artis jemputan iaitu Syamel dan Datuk Amir Pearl.

Kata Acong, mereka memilih Hard Rock Melaka sebagai lokasi permulaan dan bercadang membawa showcase itu ke Hard Rock Kuala Lumpur pada masa akan datang.

“Persembahan itu nanti akan memperlihatkan kami menyanyikan semula semua lagu popular kami sekitar tahun 90-an termasuk beberapa lagu baharu.

“Syamel dan Datuk Amir Pearl pula akan berduet dengan kami sebagai tambah nilai kepada showcase itu nanti.

“Kami memang sangat teruja dengan showcase ini dan berharap ia dapat diadakan ditempat lain pula selepas ini,” katanya.

Tiket bagi menyaksikan persembahan itu dijual pada harga RM55 dan ia boleh dibeli dikaunter Hard Rock Cafe Melaka atau menghubungi Hard Rock Cafe di talian 06-2925 188.

The post Tersingkir MLM2017, Acong Bikin Showcase Bersama Sweetchild appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oPxm8C

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.