Pembelian Permainan Video Edisi Digital Mencecah 74% Di Amerika Syarikat Tahun Lalu
Bilakah kali terakhir anda membeli permainan video dalam bentuk fizikal? Sekiranya di konsol ia adalah sepanjang masa bagi kami. Tetapi untuk platform PC sudah hampir lima tahun kami hanya membeli edisi digital menerusi Steam. Di Amerika Syarikat pembelian edisi digital mencecah 74% tahun lalu.
Angka ini dikongsi di dalam laporan yang dikeluarkan oleh Entertaintment Software Association (ESA) hari ini. Walaubagaimanapun mereka tidak memecahkan peratusan pembelian ini mengikut platform. Sebenarnya ini tidaklah mengejutkan kerana kelajuan internet sekarang memudahkan proses memuat turun permainan berbanding keluar dan membelinya secara fizikal. Pembelian di atas talian juga meningkat naik kerana harga jualan yang murah diberikan oleh Steam Sale da Humble Bundle.
Pihak ESA turut berkongsi bahawa umur purata peminat permainan video lelak di Amerika ialah 33 tahun dan 37 untuk wanita. Permainan video kini boleh dianggap hobi yang boleh diterima bagi mereka yang mencecah 30an. Pernah suatu ketika dahulu permainan video dianggap sebagai aktiviti kebudak-budakan.
Bagaimana pula dengan anda? Adakah pembelian digital kini menjadi pilihan ataupun anda masih old school dan mahu memegang permainan di dalam tangan lengkap dengan manual yang dicetak?
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2p1qsh4✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment