“Jangan Kasihankan Saya” – Radin Ulas Hubungan Ayda Jebat & Redza Rosli
Penyampai Radio Era FM, Radin memberitahu dia tidak patah hati apabila Ayda Jebat kini dikatakan sedang rapat dengan aktor Redza Rosli.
Malah Radin, 27, berkata, sebagai kawan dia sentiasa mendoakan kebahagiaan penyanyi lagu Nakal itu termasuk dengan siapa wanita berkenaan ingin menjalinkan hubungan cinta.
“Saya tidak kecewa atau berkecil hati, daripada dulu lagi kami hanya kawan sahaja dan tidak pernah pun bercinta.
“Jadi bila ada orang yang ingat saya ditinggalkan ia tidak benar, saya sendiri gembira dan sentiasa doakan yang baik-baik untuk mereka,” ujarnya .
Radin atau nama sebenarnya Radin Amir Effendi diminta mengulas tentang komen netizen yang bersimpati terhadapnya selepas Ayda Jebat dikatakan kini semakin rapat dengan Redza Rosli.
Radin mengendalikan segmen Super 40 Era yang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis.
Selain itu Radin berkata, dia dan pelakon drama Maid itu masih lagi berhubung dan sering bertemu di majlis-majlis hiburan.
“Memang ramai yang komen kasihankan saya bila keluar berita berkaitan Ayda, tolong jangan kasihankan saya. Saya baik-baik sahaja.
“Kamu baru sahaja bertemu beberapa hari lalu dalam sebuah majlis.
“Saya akui ada peminat yang suka dan mahu melihat kami bersama tapi kenyataannya mereka perlu bezakan antara kerja dan peribadi,” ujarnya.
Tambah Radin, dia berharap peminat-peminatnya terus menyokong kerjaya mereka masing-masing.
The post “Jangan Kasihankan Saya” – Radin Ulas Hubungan Ayda Jebat & Redza Rosli appeared first on Berita Viral.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oQanKq✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment