Hi! Welcome Back and Stay Tune! Najib baru je bagi telefon Samsung dekat tentera siber yang pro-BN. Betul ke? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Najib baru je bagi telefon Samsung dekat tentera siber yang pro-BN. Betul ke?

Najib baru je bagi telefon Samsung dekat tentera siber yang pro-BN. Betul ke?

(Click here to read the original article in English)

Kebelangan ni kita banyak dengar yang Pilihanraya Umum memang dah tak lama dah. BFF kami kat CILISOS dah banyak tulis artikel membincangkan tanda-tanda yang PRU akan berlaku pada tahun ni. Tapi apa yang menarik perhatian kitorang baru-baru ni adalah bila Perdana Menteri kita ada menyebut;

“Kita sudah lama berada dalam defensive mode. Cukuplah. It is now time to attack !” – dipetik daripada blognya sendiri.

Dia berkata demikian pada mesyuarat yang dinamakan Himpunan Aktivis Media Sosial 2017, di mana PM kita bertemu dengan beberapa aktivis media sosial pro-BN (memang itu pun nama rasmi dorang.)

Himpunan Aktivis Media Sosial. Imej dari NajibRazak.com

Nak tau apa yang paling best kalau korang datang event ni? Ha ini dia…

PM kita mungkin ada bagi smartphone Samsunf free kepada semua aktivis media sosial ni

Ok sejujurnya, kitorang mula-mula dengar pasal benda ni pun sebab sorang aktivis, Fahmi Reza yang post pasal benda ni dekat Facebook beberapa hari yang lepas. Pihak kami pun cari la dalam internet pasal kesahihan hal ni, dan kitorang jumpa beberapa gambar lain di pelbagai platform media sosial yang mengucapkan terima kasih pada PM sebab dapat hadiah tu semua.

Dapat Samsung A9 Pro pulak tu! Imej dari Facebook

Amboi, pemurah betul PM kita ni ye? Mesyuarat ni macam nak bagitahu aktivis-aktivis media sosial ni pasal persediaan untuk perang siber. Malah salah satu benda yang dia bagitau para aktivis ini adalah mereka perlu:

“Mempertahankan maruah parti dan membidas segala pembohongan yang giat dipermainkan oleh pembangkang sejak sekian lama.”

Dan nampaknya satu perkara yang boleh memotivasikan tentera siber ni ialah dengan melengkapkan mereka dengan senjata yang boleh tahan juga harganya iaitu sebuah Samsung Galaxy A9 Pro.

Dalam laman web rasmi Samsung sendiri, harga yang diletakkan bermula dari RM1,999. Tapi kalau kita tengok dekat Lazada, harga dia boleh la dapat dalam RM1600-RM1800. Okay, cuba darabkan dengan semua orang dalam gambar ni (lebih kurang 60 orang secara anggaran kasar), jadi jumlah kos ialah sebanyak RM96k-RM108k! Dan kenapa pulak kitorang boleh kata yang semua orang dapat telefon tu? Sebab Fahmi Reza juga ada post gambar aturcara majlis.

Kalau korang tak nampak, tulisan tu bertulis “Pemberian gajet oleh YAB Perdana Menteri”. Imej dari Facebook page Fahmi Reza

Ok, mungkin gambar je tak cukup untuk buktikan apa yang betul-betul berlaku. Kitorang sendiri pun tak jumpa sebarang laporan berita pasal hadiah smartphone ni, termasuklah kat page rasmi Najib Razak sendiri. Jadi, lebih elok kalau pihak kerajaan sendiri tampil ke hadapan dan terangkan kat kita semua pasal hal ni.

Tapi dalam masa yang sama, kitorang terfikir juga kalau…

Boleh ke sebenarnya kerajaan bagi hadiah macam ni kat orang?

Orang kaya memang ada gaya. Imej dari cerita Batman

Sebagai rakyat Malaysia, ada je majlis di mana kita akan terima hamper, buah tangan atau sebagainya, contohnya macam masa Hari Keluarga. Malah benda ni memang sangat lazim sampaikan kita ada ada panduan pasal pemberian hadiah kat Malaysia. Tapi korang tahu tak pemberian hadiah ni boleh jadi satu jenayah kalau datangnya dari kerajaan?

Undang-undang terhadap pegawai kerajaan terima hadiah ni pun bukannya benda baru kat Malaysia. SPRM sendiri sebenarnya ada FAQ panjang pasal hadiah apa yang pegawai kerajaan boleh dapat. Secara ringkas, diorang boleh terima hadiah, tapi hanya di bawah nilai tertentu, dan itupun diorang kena laporkannya kepada SPRM. Tapi tu pasal orang kerajaan terima hadiah, macam mana pula kalau diorang sendiri yang bagi hadiah?

Awal tahun ni, Ketua Setiausaha Kerajaan, Tan Sri Dr Ali Hamsa mengumumkan yang kerajaan takkan bagi dah hadiah kat tetamu kehormat di majlis-majlis mereka. Kiranya, no gift policy la yang diorang nak buat sekarang.

“Kenapa menteri dan pegawai tertinggi diberi hadiah mahal yang dibeli oleh pembayar cukai, apabila wang ni boleh membiayai projek-projek untuk golongan miskin?” – Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara, seperti yang dipetik dari NST

SPRM juga ada menyebut yang Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 menyatakan bahawa – kecuali di bawah beberapa keadaan, seorang pegawai awam, pasangan, atau sesiapa sahaja yang berdiri di atas nama mereka TIDAK BOLEH memberi atau menerima hadiah.

Imej dari ChinaDaily

Kalau nak diikutkan pada undang-undang tadi, kita boleh simpulkan yang PM memanag tak boleh bagi hadiah, sebab dia orang kerajaan kan? Persoalan samada Najib adalah dikira sebagai pegawai kerajaan atau tak dah diterangkan dengan lebih lanjut oleh BFF kami AskLegal. Secara ringkasnya, Najib mungkin tak diambil kira sebagai pegawai kerajaan, jadinya tak tertakluk kepada undang-undang pemberian hadiah tadi.

Okay, ketepikan hal undang-undang kejap. Patut ke pegawai kerajaan terima atau bagi hadiah?

Pemberian hadiah berlaku dimana-mana, tapi wajar ke tak?

Masa kitorang discuss pasal benda ni, kitorang dapat tahu yang bukannya senang nak cari artikel membincangkan pemberian hadiah daripada kerajaan sebab selalunya dorang yang menerima hadiah tu sendiri.

Contohnya, kat Amerika sendiri diorang pun ada sesuatu yang dipanggil  $20/$50 rule, di mana seorang pegawai awam tak boleh terima sebuah hadiah yang lebih mahal daripada US$20, atau US$50 setahun oleh pemberi yang sama.

Itu berkaitan dengan pegawai kerajaan, macam mana dengan orang korporat pulak? Kat ofis CILISOSCILI sendiri, kitorang banyak je dapat macam-macam hadiah daripada kawan kami yang murah hati. Malah ada staff CILISOS yang pernah bekerja kat tempat lain kata dorang pernah dapat hadiah-hadiah mahal macam jam dan juga iPod.

Jam Calvin Klein yang colleague kitorang dapat masa kerja kat company lain. Harga masa tu dalam RM1400 jugak la.

Walaupun pemberian hadiah di antara syarikat tu tak salah, ada artikel yang dah tertulis pasal garis panduan antara hadiah dan rasuah.

“Walaupun hadiah selalunya diberi sebagai tanda keikhlasan, hadiah yang terlebih ikhlas biasanya memberi tekanan kepada penerima untuk membalasnya kembali kepada pemberi. Tidak memeranjatkan jika beza antara hadiah dan rasuah semakin kabur.” – Kolumnis Karl Smith, dalam satu artikel di LinkedIn

Tapi apa yang sebenarnya jadi faktor penentu untuk bezakan hadiah dengan rasuah ni ialah niat di sebalik pemberian hadiah. Kalau hadiah tu diberikan dengan niat untuk mendapatkan sesuatu sebagai balasan, ianya mungkin rasuah.

Tapi masalahnya macam mana kita nak tahu niat seseorang kalau diorang bagi hadiah kan? Jadi mungkin itulah sebabnya ada beberapa syarikat terus haramkan pemberian hadiah sama sekali (seperti Petronas, yang mempunyai garis panduan mengenainya.)

Berdasarkan semua benda ni, memang kita sendiri akan terfikir beberapa soalan pasal telefon Samsung yang kita cakap tadi tu. Contohny, apa niat dia bagi telefon tu, berapa banyak duit sebenarnya digunakan untuk beli telefon-telefon tadi dan dari mana pulak duit yang digunakan untuk beli semua telefon Samsung tu tadi?

Tapi bukan nak kata pihak kerajaan je yang pernah buat benda macam ni…

Kerajaan dan pembangkang, dua-dua pun pernah bagi hadiah sebelum ni

Tahun lepas, kami ada tulis artikel pasal macam mana ahli politik dari dua-dua belah pihak pernah bagi banyak hadiah masa pilihan raya kecil berlaku masa tu. Antara benda yang diorang bagi ialah kampit beras, hamper, dan juga sawi.

Pakatan pun ada juga bagi hadiah… sawi

Kita semua tahu yang ahli politik semua bagi hadiah sebab nak dapatkan undi. Jadi kita tengok pula tahun 2009, bila mahkamah kita pernah putuskan kalau ahli politik bagi hadiah tu tak menyalahi undang-undang.

Pelik juga la sebab ianya bercanggah dengan apa yang SPRM dah putuskan pasal amalan pemberian hadiah oleh pegawai-pegawai awam.

Jadi nampaknya undang-undang pasal pemberian hadiah ni perlu diselaraskan. Sebagai contoh, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat menyatakan dengan jelas pasal undang-undang negara diorang yang pemberian hadiah adalah seragam di semua pekerja awam persekutuan, dan termasuklah Cawangan Eksekutif (yang terdiri daripada Presiden, Naib Presiden, dan ahli-ahli kabinet) .

Jadi berbalik kepada telefon Samsung tadi, kalau PM Najib betul-betul bagi phone Samsung tadi sebagai hadiah (dah la mahal pulak tu), mungkin tak salah pun. Tapi budaya ni tak sepatutnya ada dan patut dikeluarkan dari budaya politik kita berdasarkan sebab-sebab yang dinyatakan di atas.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2p1DVW9

✍ Sumber Pautan : ☕ SOSCILI


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.