Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ikhwan Jaga Isteri Selepas Keguguran - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ikhwan Jaga Isteri Selepas Keguguran

Difahamkan baru-baru in, isteri kepada penyampai radio terkenal iaitu Ikhwan Kool FM, 34, keguguran ketika usia kandungan mencecah tiga minggu.

Walau bagaimanapun, mendengarkan berita sedih itu, Ikhwan tetap reda dan menganggap belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata.

Jelas Ikhwan, isterinya mengadu sakit perut dan mengalami pendarahan. Namun selepas menjalani pemeriksaan di klinik, doktor mengesahkan isterinya, Noor Idayu Shaari, 33, keguguran dan perlu menjalani rawatan susulan di Hospital Ampang.

Menurut Ikhwan lagi, pada awalnya dia boleh menerima hakikat kehilangan bayi itu, tetapi selepas membaca status luahan isterinya di Instagram, hatinya menjadi tersentuh kerana perkahwinan mereka baru saja tiga bulan.

“Mula-mula isteri mengadu sakit perut dan alami pendarahan, lepas tu bawa ke klinik. Bila dapat tahu rupanya sudah mengalami keguguran ketika kandungannya berusia tiga minggu.

“Kemudian doktor memberitahu supaya isteri mendapatkan rawatan susulan di Hospital Ampang.

“Pada mulanya saya terima dengan berita ini tapi selepas baca status luahan isteri di Instagram hati saya jadi tersentuh,” ujarnya.

Ikhwan juga sempat merakamkan rasa syukur kerana dapat menjaga isterinya ketika menjalani proses berpantang selama sebulan.

Terdahulu, pasangan ini selamat diijabkabulkan hanya dengan sekali lafaz. Dalam majlis pernikahan yang diadakan bertempat di Dewan Tun Ismail Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur (PWTC), pengantin lelaki memberi tujuhdulang berbalas sembilan dan mas kahwin sebanyak RM3,000. Sementara jumlah hantaran pula dirahsiakan.

Untuk rekod, ini merupakan perkahwinan pertama Ikhwan dan kedua bagi Idayu dan mempunyai seorang cahaya mata bernama Mohd Isaac Iman berusia 10 tahun.

Sama-samalah kita doakan buat pasangan ini agar dikurniakan zuriat lagi dalam masa terdekat nanti. Buat isteri Ikhwan semoga tabah menjalani ujian dan dugaan ini, mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.

The post Ikhwan Jaga Isteri Selepas Keguguran appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2pKLBg0

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.