Hunny Madu tidak pernah putus asa
PENYANYI dan pengacara, Hunny Madu mengakui pengundurannya sebagai penyampai radio lebih tiga tahun lalu berbaloi buat dirinya kerana ruang waktu yang ada dalam rutin hariannya itu digunakan sepenuhnya untuk memberi tumpuan kepada kerjaya nyanyiannya.
Malah Hunny atau nama sebenarnya Hani Farhana Mohd Hatim sedang sibuk mengumpul material untuk album terbarunya yang kini sedang dalam pembikinan.
“Dulu ketika sibuk di konti dan terikat tugasan sebagai penyampai radio, saya tidak dapat beri tumpuan nyanyian kerana kekangan masa, sedangkan inilah minat saya selama ini.
“Jadi apabila kini mempunyai sepenuh masa, saya mahu guna sebaiknya agar kerjaya saya dalam nyanyian dapat beri sesuatu buat diri saya dan juga industri,” katanya yang cukup dikenali menerusi lagu GoHard.
Justeru, Hunny mahu memastikan apa yang bakal ditampilkan dalam album terbarunya nanti akan menampilkan kelainan dan semestinya mempunyai kualiti yang boleh dibanggakan.
“Sekarang saya banyak habiskan masa di studio untuk cari material terbaik untuk ditampilkan dalam album baru nanti.
“Apatah lagi saya ada studio muzik sendiri dan memudahkan saya buat eksperimen dalam usaha untuk mencari sesuatu yang lebih ‘fresh’ untuk peminat,” katanya yang baru sahaja melancarkan studio tersebut baru-baru ini.
Hunny yang dilihat cukup serasi dengan muzik hip hop ini terlebih dahulu akan tampil dengan sebuah single baru dalam masa terdekat ini sebelum tampil dengan album penuh.
“Alhamdulillah single sudah siap dan kini sedang tunggu masa sesuai untuk dilancar dan diperdengarkan kepada penonton.
“Saya harap single terbaru ini mendapat tempat di semua stesen radio dan paling penting apa yang saya tampilkan menerusi lagu ini disukai peminat.
“Untuk album pula, 15 lagu siap dirakam dengan pelbagai pembaharuan muzik dan sekarang saya dalam proses pilih mana terbaik untuk dimuatkan dalam album tersebut,” jelasnya yang menyasarkan album tersebut dapat dipasarkan tahun depan.
Hunny mengakui meskipun pernah kecewa dengan sambutan terhadap albumnya yang terdahulu, dia tidak berputus asa untuk meneruskan minatnya dalam bidang ini.
“Apa yang boleh saya katakan, mungkin minat saya dalam nyanyian ini semula jadi dan bukan dibuat-buat.
“Jadi saya tidak pernah rasa nak berhenti, sebaliknya jadikan ia sebagai motivasi untuk memajukan diri sendiri untuk menghasilkan sesuatu lebih baik pada masa akan datang.
“Disebabkan itu jugalah saya mengambil masa lama untuk tampil dengan album baru dan belajar daripada kesilapan lalu,” katanya tampil dengan album penuh lebih enam tahun lalu.
Ceburi bidang perniagaan
Meski dilabel sebagai artis urban yang hanya mempunyai kelompok peminat yang tersendiri, Hunny tidak pernah menjadikan perkara itu sebagai sesuatu yang membebankan dirinya.
“Saya sebenarnya tidak pernah ambil pusing soal itu kerana itu hanya tanggapan sesetengah orang, sedangkan saya berkongsi muzik saya dengan semua khalayak peminat.
“Saya diberi peluang dekati pelbagai kelompok tidak kira dari kalangan peminat Melayu mahupun bukan Melayu dan ia semestinya memberikan pelbagai pengalaman buat saya sebagai penyanyi.
“Bagi saya tidak kiralah urban atau sebaliknya, semua orang boleh cari ruang terbaik kerana masing-masing ada kelebihan sendiri untuk diketengahkan,” tegasnya.
Dalam perkembangan lain, bekas penyampai radio Fly FM ini juga semakin aktif dalam bidang perniagaan menerusi studio muzik miliknya, HM Studio dan Madu Cosmatics yang baru sahaja dilancarkan Selasa lalu.
“Alhamdulillah saya baru saya melancarkan studio muzik di mana saya sediakan ruang dan kelengkapan studio untuk sesiapa sahaja berminat guna khidmat kami dan ia telah beroperasi sepenuhnya semenjak Januari lalu.
“Semenjak beroperasi, studio ini mendapat sambutan yang agak memberangsangkan di mana selain saya, ramai antara rakan-rakan artis yang turut membuat rakaman di sini termasuk Najwa Mahiaddin dan SonaOne.
“Sementara untuk Madu Cosmatics yang menampilkan produk gincu bibir, ia telah dimulakan sejak Disember tahun lalu dan buat masa ini ia hanya boleh didapati secara online sahaja,” katanya.
Menurut Hunny lagi, hasrat untuk terlibat dalam bidang perniagaan telah lama ada dalam dirinya, cuma sebelum ini dia belum bersedia kerana sedar diri belum mempunyai cukup pengalaman dalam bidang ini.
“Sebenarnya dalam 4 hingga 5 lalu saya terfikir malah merancang terlibat dalam bidang perniagaan, tetapi ketika itu saya tidak mempunyai ilmu langsung dalam bidang ini, apatah lagi pengalaman.
“Lebih baik saya belajar dulu mana yang patut dan buat secara peringkat demi peringkat, malah mengambil sedikit masa kerana perniagaan bukanlah sesuatu yang kita boleh ambil mudah.
“Jadi apabila sudah ada sedikit ilmu, barulah saya berani untuk memulakan perniagaan, malah untuk memudahkan saya memilih jenis perniagaan yang dekat dengan saya iaitu kosmatik dan studio muzik,” akuinya.
The post Hunny Madu tidak pernah putus asa appeared first on Berita Viral.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qjXXsg
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment