Hi! Welcome Back and Stay Tune! Maafkan Abang terpoaksa guna wang PTPTN Sayng untuk bayar sewa rumah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Maafkan Abang terpoaksa guna wang PTPTN Sayng untuk bayar sewa rumah

Sedar tak sedar, 5 bulan aku berniaga. Turun naik, pahit manis dalam perniagaan yang kadang kala aku rase putus harapan..Allah yang tahu.. Aku menangis..Allah yang tahu..



Kenari q7 aku yang aircond rosak tu pon dah berape bulan tak bayar.. Ambank yang tahu..(bulan ni pon aku x mampu nak bayar...hahaha)
Aku x bergaji dgn hasil jualan.. Allah yang tahu..


Tapi rezeki itu tak datang bergolek.. Kena usaha..cuma bentuk rezeki tu mmg datang dalam rupe bentuk yang kita tak sedar..


Alhamdulillah, hari ini mampu sewa kedai..sikit2 kumpul beli barang..Alhamdulillah..tapi masih byk lagi kena usahakan..(bile laa nak merasa gaji sendiri ni?)


Waktu aku menangis sampai 2 hari dulu..aku siap bawa diri ke KLIA..duduk dekat anjung..tengok kapal terbang berlepas..dengan harapan kapal terbang tu akan bawa pergi masalah2 dalam kepala ni jauh2... Tapi... JEREBU!!! Tak nampak kapal terbang dekat mane.. Adoi..lagi tambah sedih..


Dalam waktu ni aku sedar akan rezeki hadirnya mak ayah yang tak letih2 sentiasa memberi semangat.. Adik2 aku yang aku sayang sangat..banyak membantu aku..

 Especially Amal dan Hajar Tahir (smpi sanggup berhenti kerja)..tak lupe juga adik ipar aku Ahmadsyafii'ei Abdul Kudos. Sahabat yang sentiasa memberi nasihat dan dorongan Mohd Fairuz Amedan (wlupun nasihat dia byk yang hambar) hahaha...Dia ni merupakan taukey kaca yang sangat rendah diri dan x nampak pon kekayaan dia..tapi dia mmg kaya.. Sape2 nk mintak buat pintu kaca ke ape2 lah berkaitan kaca..boleh mintak khidmat nasihat beliau yang dah lebih 10 tahun pengalaman dengan kaca..sampaikan dia menangis pon keluar air mata kaca..

Buat isteriku Sakinah Rohaizat yang teramat memahami aku.. Dikala kau dan aku tengok bini2 member2 kite melaram,bercuti sana sini.. Kau tak pernah mintak nak beli ape2 pun walaupun di hari ulangtahun perkahwinan mahupun harijadimu..(baju pon dok pakai baju dari tahun 2006). Waktu ni aku rasa sangat bersyukur.. Walaupun manusia ni tidak sempurna 100%.. Tapi ini lah pengorbanan dia.. Sampai bagi aku pakai duit PTPTN die untuk bayar sewa rumah..abang minta maaf... Terima kasih banyak2..

Doakan rezeki yang bakal aku perolehi selepas ini..sentiasa diberkati..diredhai Allah..


Apa pun harus bersedia kerana hidup ini seperti bulu tangkis.. Sekejap atas net, sekejap bawah net...seperti juga iman yang sentiasa berbolak balik..

Ini aku kongsikan gambar hari pertama aku berniaga dan juga kedai yang dalam pembikinan lagi..

Waktu hari pertama aku berniaga tu ade kisah lucu laa untuk aku pasal menggelabah layan 1st customer.. Tp tu nnt la aku ceritakan..huhu..

Untuk warga Puncak Alam..maaf seminggu saya x berniaga sebab dok setup kedai..selasa petang ni saya berniaga balik k..

sumber:  Cikedoong Anas MT


Untuk meneruskan bacaan klik link ini atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2oO8Y3D

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.