Hi! Welcome Back and Stay Tune! NUR JAZLAN: HENTIKAN PERANG MULUT MENGENAI ZAKIR NAIK - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

NUR JAZLAN: HENTIKAN PERANG MULUT MENGENAI ZAKIR NAIK

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed menggesa semua pihak untuk menghentikan perang mulut berhubung isu pendakwah Islam Dr Zakir Naik yang diberikan taraf pemastautin tetap (PR) di Malaysia.

Beliau juga mengingatkan bahawa Kementerian Dalam Negeri sedang memantau semua kumpulan yang terlibat.

“Saya nak nasihatkan semua kumpulan ini supaya hentikanlah peperangan mulut di awam ini.
Sama ada kumpulan dari Islam, Hindu dan sebagainya.

“KDN (kementerian dalam negeri sedang) pantau perkara ini dan akan ambil tindakan sekiranya pertikaman lidah ini sebabkan keadaan (menjadi) keruh dan sebabkan keadaan ketenteraman awam terjejas,” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Nur Jazlan berkata demikian ketika mengulas desakan Barisan Bertindak Melayu Islam (BERTINDAK), semalam supaya kerajaan untuk menghidupkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), dan bertindak terhadap Persatuan Hindraf Malaysia (Hindraf).
BERTINDAK, antara lain, dianggotai oleh kumpulan pendesak Melayu PERKASA, Pertubuhan Muafakat Malaysia dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia.

Mereka, semalam menuduh Hindraf, yang lantang dalam isu Zakir Naik, sebagai kumpulan pelampau yang mahu mencabar kedudukan Islam sebagai agama persekutuan.

– M’kini



Untuk meneruskan bacaan klik link ini atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pnhBUZ

✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.