PENYELESAIAN 1MDB-IPIC: JOHARI NAFI BERCANGGAH DENGAN NAJIB
Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani menafikan bercanggah dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam isu penyelesaian timbang tara antara 1MDB dan International Petroleum Investment Company (IPIC).
Beliau juga menuduh pembangkang, terutamanya anggota parlimen DAP Tony Pua, cuba melaga-lagakannya dengan perdana menteri.
Semalam, Malaysiakini dalam laporan eksklusif memetik Johari sebagai berkata terdapat surat bertarikh 11 Ogos 2016 daripada Pendaftar Hal Ehwal British Virgin Islands yang mengesahkan Aabar BVI sebagai anak syarikat IPIC.
Pendedahan itu membuatkan sumber yang mengetahui perkara itu mempersoalkan kenapa pasukan Malaysia bersetuju penyelesaian dibuat walaupun mempunyai bukti yang kukuh.
Dalam kenyataan hari ini, Pua mempersoalkan sama ada Johari meletakkan tanggungjawab di bahu Najib, serta meminta menteri itu meletakkan jawatan.
“Siapa Pua nak suruh saya letak jawatan,” balas Johari.
“Saya tidak lapor pada dia. Saya tidak pernah bercanggah dengan perdana menteri. Jangan cuba pecahkan saya dan perdana menteri dalam perkara ini,” katanya kepada Malaysiakini.
“Saya tiada masalah dengan perdana menteri, kami ada hubungan kerja yang baik,” katanya, sambil menambah Najib faham kedudukannya dan tidak meminta penjelasan berkaitan pendedahan kewujudan surat itu.
Johari juga menafikan membantah penyelesaian itu dengan berkata kenyataannya mendukung langkah itu sentiasa konsisten.
Menteri itu berkata pendedahannya kepada Malaysiakini berkaitan surat itu semata-mata langkah susulan terhadap kenyataannya berkaitan perkara itu di Dewan Rakyat pada November lalu.
Johari juga mengulas gesaan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dan anggota parlimen BN Marcus Mojigoh yang mahu beliau mendedahkan surat itu kepada umum.
“Siapa Rafizi hendak saya siar (surat itu),” soalnya, sambil menambah perkara itu tidak dapat dilakukan kerana ia berbentuk rahsia dan surat kaveat.
“Jika Rafizi fikir apa yang saya kata di parlimen pada November 2016 salah, dia boleh sentiasa rujuk saya kepada jawatankuasa hak dan pilihan parlimen,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, Marcus dan anggota lain Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) boleh mendapatkan surat itu jika PAC menulis kepada kementerian bagi mendapatkan kebenaran.
– M’kini
Untuk meneruskan bacaan klik link ini atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2oO2AJR
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment