Ruginya Kalau Kita Tak Amalkan 7 Sunnah Harian Rasulullah SAW yang Besar Manfaatnya. Mohon Sebarkan...
Dari ‘Amr bin ‘Auf bin Zaid al-Muzani radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,“Barangsiapa yang menghidupkan satu sunnah dari sunnah-sunnahku, kemudian diamalkan oleh manusia, maka dia akan mendapatkan (pahala) seperti pahala orang-orang yang mengamalkannya, dengan tidak mengurangi pahala mereka sedikit pun,” (HR Ibnu Majah: 209).
HADIS yang agung ini menunjukkan keutamaan besar bagi orang yang menghidupkan sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, terlebih lagi sunnah yang telah ditinggalkan kebanyakan orang. Oleh kerana itu, Imam Ibnu Majah mencantumkan hadis ini dalam kitab “Sunan Ibnu Majah” pada Bab: “(Keutamaan) orang yang menghidupkan sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam yang telah ditinggalkan (manusia)”.
Imam Muhammad bin Ismail al-Bukhari berkata, “Orang muslim yang paling utama adalah orang yang menghidupkan sunnah-sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam yang telah ditinggalkan (manusia), maka bersabarlah wahai para pencinta sunnah (Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam), kerana sesungguhnya kalian adalah orang yang paling sedikit jumlahnya (di kalangan manusia).”
Jadi, apakah sunnah harian Rasulullah itu?
Pertama:
Solat tahajjud, Semua rasul, Nabi, kekasih Allah (auliya”) dan para ulama salaf tidak meninggalkan solat tahajud. Ini merupakan ciri orang soleh dan ikhlas. Dalam rangkai sahabat Ali Bin Thalib menyatakan bahawa, salah satu dari ubatnya hati adalah solat malam dan tahajud. Dan Allah S.W.T berfirman : “Dan pada sebahagian malam hari bertahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu. Mudah mudahan Tuhan Mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji,” ( Al-Israa’:79).
Kedua: Membaca Al-Quran dengan Terjemahannya, Al-Quran merupakan petunjuk dan sumber mata kehidupan. Al Qur’an merupakan pedoman muslim untuk hidup dan menjalani kehidupan. Maka membaca atau tadarus Al-Quran itu penting sekali, kita tidak hanya disuruh membaca, tetapi juga memahami dan menghayati ertinya serta dilanjutkan dengan mengamalkan ajaran-ajaran yang terkandung di dalamnya.
Ketiga:
Memakmurkan masjid/solat subuh di masjid. Masjid adalah rumah nya Allah. Masjid adalah sebuah tempat suci bagi orang-orang yang sentiasa mensucikan dirinya secara lahir maupun batin. Masjid merupakan tempat untuk menggembleng pengalaman-pengalaman ruhani/spiritual, mengukuhkan iman dan tauhid. Masjid juga sebagai tempat tinggal landas bagi mi’rajnya orang-orang beriman. Dalam ertinya ini, masjid sebagai tempat menginternalisasikan nilai-nilai Ilahiyah ke dalam dirinya sebagai modal utama dalam kehidupan, baik secara individu, dalam lingkup rumah tangga, masyarakat dan bangsa bahkan dalam lingkup dunia global.
Keempat:
Solat Dhuha. Salah satu rahsia solat dhuha adalah kerana solat Dhuha adalah sedekah.Solat dhuha adalah ibadah sunnah yang sentiasa dilakukan Rasullah Saw.
Setiap amal ibadah yang diperintahkan ataupun dianjurkan Allah dan Rasul- Nya pasti ada rahsia yang tersembunyi di dalamnya. Memang kadang kemampuan akal kita tak dapat menjangkau/memahaminya. Tapi yang pasti semuanya itu adalah demi kemasalahatan dan kemanfaatan kita, manusia.
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Setiap persendian manusia diwajibkan untuk bersedekah setiap harinya mulai matahari terbit. Memisahkan (menyelesaikan perkara) antara dua orang (yang berselisih) adalah sedekah.
Menolong seseorang naik ke atas kenderaannya atau mengangkat barang-barangnya ke atas kenderaannya adalah sedekah. Berkata yang baik juga termasuk sedekah. Begitu pula setiap langkah berjalan untuk menunaikan solat adalah sedekah. Serta menyingkirkan suatu rintangan dari jalan adalah shadaqah,” (HR. Bukhari dan Muslim).
Orang-orang salafush-shaleh pernah berkata “Jika kalian menginginkan kebahagiaan di dunia dan akhirat kelak, maka lakukan solat dhuha.”
Kelima:
Bersedekah. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Seorang sudah boleh disebut mukmin yang sebenarnya, jika sudah bersedekah. Carilah rezeki dengan sedekah. Demikian juga bertaubatlah dengan bersedekah, jika kita sakit juga hendaknya bersedekah. Banyak sekali ayat Al-Quran yang menegaskan dan memerintahkan akan hal ini. bersedekah merupakan tolok ukur dan ciri dari orang-orang yang beriman, soleh dan bertakwa.
Keenam:
Menjaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Nabi saw, sentiasa dalam keadaan wudhu, baik dalam waktu dan keadaan apapun. Jangan tinggalkan wudhu. Kalau batal, berwudhulah kembali. Hal itu merupakan keperluan kita sendiri dalam rangka untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Kalau kita selalu berwudhu insya Allah akan selamat dari ikatan dan kelekaan dunia dan terjaga dari hal-hal yang kotor (kotoran yang bersifat maupun rohani). Selanjutnya kita terjaga dari hal-hal yang tidak bermanfaat dan dari perbuatan-perbuatan dosa dan tercela. Kerana wudhu merupakan proses pembersihan badan kita secara zahir dilanjutkan dalam rangka untuk pembersihan fitrah dan hati atau rohani kita.
Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu sentiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia, ya Allah.”
Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. istighfar setiap saat dan dalam segala aktiviti apapun diperintahkan beristiqfar. Ketika kita mau tidur, mahu makan dalam melakukan suatu pekerjaan, di jalan, di dalam kenderaan dan di manapun hendaknya selalu dalam keadaan beristiqfar.
Orang yang kuat istiqfarnya, maka perasaan dan kecenderungan rahmatnya (berguna dan boleh membahagiakan orang lain atau bahkan makhluk lain) sangat kuat sekali. Ia pun juga menjadi penuh dengan keutamaan-utamaan, doanya mustajab dan firasatnya tajam (mampu berfikir fositif dan menerawang ke depan/berfikir visioner).
Bila kita mampu menjaga dan melakukan tujuh sunnah Rasullullah SAW ini, maka Insya Allah akan muncul sifat-sifat terpuji. Bicaranya dakwah, diamnya zikir, nafasnya tasbih, matanya memancar cahaya rahmat..
Untuk meneruskan bacaan klik link ini atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2oR9Bu9
✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment