Hi! Welcome Back and Stay Tune! 10 Haiwan Penyebab Kematian Manusia Tertinggi Di Dunia. No 1 Tu Paling Tak Sangka! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

10 Haiwan Penyebab Kematian Manusia Tertinggi Di Dunia. No 1 Tu Paling Tak Sangka!

Image result for 0 Haiwan Penyebab Kematian Manusia Tertinggi Di Dunia

Image result for 0 Haiwan Penyebab Kematian Manusia Tertinggi Di Dunia

Selain membawa kebaikan kepada manusia, haiwan juga mempunyai ciri-ciri tersendiri pada diri mereka yang boleh memberikan kemudaratan kepada manusia seperti kematian. Banyak mudarat serta kematian yang dicetuskan oleh haiwan bukanlah disebabkan oleh haiwan itu sendiri tetapi penyakit yang dibawa mereka.

Perlu diketahui bahawa statistik seperti ini sukar untuk didapati secara tepat, jadi ianya adalah anggaran dan statistik. Iluminasi.com ingin berkongsi dengan anda 10 haiwan yang paling berbahaya di muka bumi yang bertanggungjawab ke atas kematian manusia tertinggi.

10. Cacing Pita : 700 kematian setahun

tapeworm

Cacing pita adalah sejenis parasit yang sangat berbahaya, walaupun sering dipandang remeh. Haiwan parasit ini biasanya tinggal di dalam saluran penghadaman termasuklah di dalam saluran penghadaman manusia. Manusia biasanya boleh dijangkiti atau “mendapat” haiwan ini jika memakan makanan yang tidak dimasak dengan betul, seperti daging, khinzir, dan ikan. Juga jika tinggal atau makan di kawasan yang tidak bersih.

Di dalam beribu-ribu spesis yang ada, setiap haiwan dan manusia pastinya mempunyai sekurangnya satu spesis cacing pita di dalam mereka. Walaupun kecil, ia amat berbahaya dan boleh menyebabkan kematian.

9. Buaya : 1,000 kematian setahun

crocodile

Menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, buaya dianggap sebagai haiwan utama yang menyebabkan kematian manusia di Afrika. Umum tahu dan sedar akan bahayanya haiwan dua alam ini yang mampu membaham manusia dalam sekelip mata sahaja. Purata kematian yang disebabkan oleh buaya adalah sebanyak 1,000 setahun.

8. Cacing Gelang Ascaris: 4,500 kematian setahun

cacing gelang ascaris

Mungkin ada yang tak pernah dengar nama parasit ini. Cacing ini boleh membesar sepanjang 35 sentimeter. Haiwan parasit ini bertanggungjawab terhadap penyakit ascariasis, sejenis penyakit helminthiasis yang penyakit tropika yang selalu diambil remeh. Dianggarkan 1 daripada 6 populasi manusia dijangkiti penyakit ini.

Dalam satu kajian pada tahun 2013, penyakit aschariasis yang disebabkan oleh haiwan ini telah membunuh sehingga 4,500 orang setahun. Jangkitan berlaku di dalam usus kecil manusia dan kebanyakan berlaku dalam kalangan kanak-kanak, menurut WHO.

7. Lalat Tsetse : 10,000 kematian setahun

lalat tsetse

Juga dieja sebagai “tzetze”, lalat ini adalah sejenis lalat yang menggigit. Ia banyak tinggal di Afrika tropika. Haiwan bersayap ini hidup sebagai parasit dengan menghisap darah haiwan vertebrata dan juga manusia. Lalat Tsetse ini boleh menyebabkan jangkitan penyakit seperti masalah tidur (sleeping sickness) yang jika tidak dirawat boleh membunuh. Ia bermula dengan sakit kepala, demam, sakit sendi dan juga kegatalan.

Kemudiannya ia akan menyebabkan masalah saraf, menyebabkan perubahan kepada waktu tidur, kekeliruan, ucapan yang lemah, kekejangan dan kesukaran berjalan dan bercakap. Akhirnya pesakit akan mati.

6. Pepijat pembunuh : 12,000 kematian

assassin bugs

Namanya sudah berbahaya. Juga dikenali sebagai “kissing bug”, serangga kecil ini kelihatan tidak berbahaya, namun ia membawa penyakit Chagas. Penyakit ini dijangkiti disebarkan oleh pepijat pembunuh ini dengan menggigit manusia, biasanya di bahagian muka.

Penyakit Chagas ini hanya boleh disedari ketika fasa kedua dan fasa permulaan yang berbahaya itu kekal selama 2 bulan. Ketika fasa ini, terdapat banyak parasit berada di dalam darah. Tanda-tanda boleh dilihat iaitu luka pada kulit atau lebam pada kelopak mata berwarna ungu. Sakit otot, kesukaran bernafas, demam, sakit kepala, bengkak pada kelenjar, pucat, sakit pada perut atau dada juga boleh berlaku.

5. Siput air tawar : 20,000++ kematian setahun

freshwater snail

Banyak haiwan ini di negara kita dan biasanya sering dipijak jika dijumpai. Namun siput ini amat berbahaya dan membawa cacing parasit yang boleh menjangkiti manusia dengan penyakit yang dipanggil schistosomiasis. Apabila dijangkiti penyakit ini, ia akan menyebabkan sakit pada perut yang amat sangat. Bergantung kepada bahagian mana yang dijangkiti, kencing atau berak akan menjadi berdarah.

Anggaran antara 20,000 hingga 200,000 kematian boleh disebabkan oleh penyakit yang dibawa oleh haiwan bercangkerang ini, menurut WHO.

4. Anjing : 35,000 kematian

anjing

Haiwan yang sangat manja dan patuh ini adalah rakan baik manusia. Namun, ia juga boleh menyebabkan kematian kepada manusia. Anjing yang dijangkiti penyakit rabies (anjing gila) adalah merupakan antara haiwan yang paling berbahaya di dunia. Penyakit ini boleh dicegah dengan suntikan vaksin.

Baru-baru ini tular 3 kanak di Malaysia telah dijangkiti dengan penyakit ini dan seorang daripadanya kritikal. Menurut WHO, lebih kurang 35,000 kematian setiap tahun disebabkan oleh jangkitan rabies dan 99% daripadannya disebabkan oleh anjing.

3. Ular : 100,000 kematian setahun

ular 290

Antara haiwan yang paling berbahaya di dunia dan paling ditakuti, ular. Terdapat 141 spesis ular darat dan dalam air di Malaysia, dan 37 daripadanya adalah berbisa. Kemungkinan ular menduduki tangga ketiga pembunuh manusia terbanyak adalah jumlah mereka yang terlalu banyak dan boleh dijumpai di serata dunia.

Kekurangan antivenom juga menyebabkan angka kematian adalah sangat tinggi disebabkan oleh patukan ular, dan dianggarkan lebih daripada 100,000 ribu manusia mati setahun akibat patukan ular sehingga tahun 2015.

2. Manusia : 437,000 kematian setahun

manusia

Walaupun bukan dalam kategori haiwan, sebaliknya kategori makhluk, manusia adalah penyebab kedua terbesar kematian manusia di atas muka bumi ini. Kita sendiri membunuh sesama sendiri, yang paling ketara adalah dalam peperangan. Sejak dari dahulu lagi, seperti dalam Perang Dunia Kedua, berjuta-juta orang mati akibat perbuatan manusia sendiri.

Terdapat 437,000 kematian dicatatkan pada tahun 2012 menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

1. Nyamuk : 750,000 kematian setahun

nyamuk 382

Walaupun kecil, nyamuk adalah haiwan di muka bumi ini yang menyebabkan kematian manusia yang tertinggi. Haiwan yang sangat menjengkelkan ini membunuh dengan menghisap darah dan memindahkan bakteria dan penyakit daripada seorang manusia ke manusia yang lain.

Antara penyakit yang paling berbahaya yang disebabkan oleh nyamuk adalah Malaria dan Denggi. Hampir separuh daripada populasi manusia di serata dunia berisiko untuk menghidap malaria. Terdapat 212 juta kes malaria dan dianggarkan 429,000 kematian dicatatkan pada tahun 2015.

Sumber : Science Alert

credit: iluminasi



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2urR0eW

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.