Elly Mazlein dedah punca Azmi Hatta minta kurangkan nafkah anak, rupanya nak bayar motor RM1150 sebulan
enyanyi dan pelakon, Elly Mazlein dan bekas suami, Azmi Hatta masing-masing tidak mencapai kata putus terhadap nilai tuntutan nafkah anak mereka, Putri Sara Sefhia yang kini sudah berusia setahun.
Menurut Elly Mazlein atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina, Azmi membuat permohonan untuk mengurangkan tuntutan nafkah yang telah ditetapkan mahkamah sebelum ini bernilai RM1,500 sebulan kepada RM500 sebulan.
“Alasan utamanya adalah disebabkan dia terpaksa menanggung kos bayaran motosikal berkuasa tinggi berjumlah RM1,150 sebulan.
“Bagi saya alasan itu tidak munasabah. Sebab itu saya berkeras untuk menuntut RM1,500 sebulan seperti mana yang telah diputuskan mahkamah sebelum ini.
“Bukan itu sahaja, saya juga akan mengambil tindakan terhadapnya kerana ingkar perintah mahkamah selepas dia gagal memperuntukkan perbelanjaan sempena Aidilfitri berjumlah RM1,500,” ujarnya.
Elly Mazlein berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Salak Tinggi setelah Azmi membuat permohonan untuk mengubah nafkah anak mereka.
Dalam pada itu, pelakon yang sedang menjalani penggambaran siri Vila Ghazara berkenaan memberitahu, perbicaraan bagi memutuskan nilai nafkah akan diteruskan pada 1 Ogos ini di mahkamah sama.
Sementara itu, usaha pihak media untuk mendapatkan kenyataan Azmi tidak berjaya kerana difahamkan pengarah tersebut terus pulang.
Sumber: UTUSAN ONLINE
Sumber Elly Mazlein dedah punca Azmi Hatta minta kurangkan nafkah anak, rupanya nak bayar motor RM1150 sebulan
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tbeBA9
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment