Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Itu Isteri Saya', Nota Ringkas Lelaki Ini Kepada Isterinya Buat Ramai Terharu. Sweet Sangat! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Itu Isteri Saya', Nota Ringkas Lelaki Ini Kepada Isterinya Buat Ramai Terharu. Sweet Sangat!

'Itu Isteri Saya', Nota Ringkas Lelaki Ini Kepada Isterinya Buat Ramai Terharu. Sweet Sangat!

Bukan mudah sebenarnya bagi sesorang lelaki bergelar suami untuk meluahkan rasa hati dan penghargaan buat isteri tersayang melalui kata-kata.Ramai suami yang lebih suka menzahirkannya melalui perbuatan dan isteri kena 'faham-faham' sendiri je lah.

Namun tidak bagi Encik Shazli Shots ini. Perkongsian nota ringkas dan penghargaan beliau buat isteri tersayang,Puan Mazlin Mahmod sempena Hari Lahir membuatkan ramai yang terharu.  

Berikut merupakan perongsian tersebut;

ITU ISTERI SAYA

Ada ramai perempuan di muka bumi ini, tapi takkan sama macam isteri saya...

Bila saya pandu kereta, dia akan membebel pasal pemanduan saya, sehingga kami tiba ke destinasi yang nak di tuju.

Bila dia memandu, saya tegur pasal pemanduan dia, dia terus berhentikan kereta tepi jalan, suruh saya pandu, dia bukak pintu keluar gi dok sebelah. Saya tokleh kata ape sebab Itu Isteri saya.

Setiap pagi lepas dia solat subuh, dia akan kejutkan anak2 utk gi skolah, kalo saya terlewat bangun, dia akan pasang semua lampu dan tutup bukak puntu almari yg ada dlm bilik supaya saya terjaga..( saya tok leh tidor / terjaga kalo lampu menyala) saya tokleh kata ape sbb Itu Isteri saya.

Saya pagi antar Syahmin 12thn gi skolah, dia sblom gi keje, sidai kain dulu, pastu keluar antar Qisya 6thn gi tadika, sambil bwk sekali plastik penuh sampah gi buang skali.

Dia balik kerja, singki penuh pinggan cawan, dgn baju keja dia trus gi basuh, pastu siang ikan/ayam utk masak mkn malam. Pas masak, dia gi mandi, solat maghrib, pastu ajak semua org makan, pastu antar anak gi tuisyen kul 8mlm .

Pastu dia balik umah dok atas sofa dpn tv lipat baju. Sofa depan tv, kami tokleh duduk sbb penuh dgn baju yg dia dah lipat, so saya ngan Qisya dok atas karpet.. saya tokleh kata ape sbb Itu Isteri saya.

Kul 10mlm dia kluar gi amik anak tuisyen, saya kt komputer buat album klien wedding.

Sampai rumah dia bebel kat semua yg makan xnk basuh pinggan sambil dia basuh semua..saya sekali kena..saya tok leh kata ape sbb Itu Isteri saya.

Pastu dia baring kt katil sambil tengok tepon bukak Fb dan IG.. tk pun dia gi vacuum 1 rumah, pastu solat, pastu tido..

Saya masih hadap komputer sambil fb/youtube/video..pastu suh anak tido.

Kul 1am atau 3am baru aku masuk tido..

Itulah rutin harian saya dan isteri.

Nampak tak ape kerja yg saya buat dan dia buat?

Mmg ramai pompuan cantik kt Malaysia ni, tp belum tentu sanggup hidup dgn saya dan buat mcm apa yg dia buat..

Dia mengadungkan 3 anak saya.

Dia lahirkan anak-anak saya.

Dia sanggup kahwini saya walaupon masa tu saya pakai motor cup buruk dan dia pakai kancil.

Dia sanggup mkn nasi lauk ikan kering.

Dia tahan perangai saya.

Dia tak kisah saya botak.

Dia tak kisah saya boroi.

Dia lap badan saya bila saya terlantar sakit.

Dia tetap tidor sebelah saya walaupon saya berdengkur tanpa komplen.

Dia basuh spender saya.

Dia picit badan saya bila saya lenguh.

Dia selimutkan saya bila saya tertidur kat katil time dia tgh bercakap.

Dia dengar ape yang saya ckp masa mengigau (kalau ada sebut nama pompuan, dia akan wassap dan tanya sape pompuan tu masa kt opis nnti)

Dia basuh dan lipat baju.

Dia kemas rumah.

Dia gosok baju skolah anak dan baju saya.

Dia memasak.

Dia ceduk nasi utk saya.

Dia buat air minuman.

Dia buat susu anak.

Dia gi sekolah amik report kad anak.

Dia bawak anak2 gi berenang.

Dia bwk anak2 gi jenjalan hujung minggu time saya keluar shoot wedding.

Dia ajar anak buat cup cake.

Dia ajar anak ngaji.

Firasat dia, selalunya betul.

Dia pandu kereta manual selama 19 thn, bln lepas baru bwk kereta auto.

Dia tak kisah dapat hadiah hari jadi ke tak.

Hebat kan Allah cipta makhluk bernama perempuan ni.. mcm2 dia bole buat.

Dia mungkin tak cantik di mata kamu, tapi dia cantik zahir dan batin di hati dan kehidupan saya. Tanpa dia, agak sukar untuk saya hadapi kehidupan harian.

Dia suka membebel kalo ada yg tak kena tp itu mmg perangai pompuan yg Allah jadikan dan itulah jodoh terbaik yg Dia dah tentukan.. selebihnya sikap dan nafsu kamu yg tentukan sejauh mana kamu boleh pelihara hubungan suami isteri tu. Terima kasih Ya Allah kerana bagi aku isteri ini.

Hari ni 10 Julai 2017 ialah harijadi dia..

SELAMAT HARI LAHIR MAZLIN MAHMOD.

Semoga sihat, panjang umur dan diluaskan rezeki.

Itu je yang saya nak cerita. Terima kasih kerana membaca.

Sumber:Shazli Shots



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uk7y80

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.