Pukul Isteri Main Perempuan Lain Faizal AF Tampil Buka Mulut Dedah Kisah Sebenar
Pukul Isteri Main Perempuan Lain, Ini Respon Balas Faizal AF
Bekas juara AF musim ke-4, Faizal nampaknya telah tampil membalas kenyataan yang dikeluarjan oleh bekas isterinya.
Sebelum ini, bekas isteri Faizal, Sahidatul Najiha mendakwa pernah dipukul dan Faizal ada perempuan lain ketika berkahwin.
Ini pendedahan dari Sahidatul (BACA SINI)
Faizal telah tampil mendedahkan perkara sebenar.
Ini komennya:
“Saya malas nak besarkan cerita rumah tangga kerana terlalu peribadi untuk dijaja, saya tidak pernah pun pukul dia atau naik kaki dan tangan sepanjang kami berkahwin.
“Saya akui kami masing-masing ada kesilapan, jika mahu cari salah saya, dia pun kena fikir kesilapan dia yang selalu mengeluarkan kata-kata kasar. Dia juga yang keluar meninggalkan saya dahulu sebelum kami berpisah,”
“Kami tidak ada persefahaman lagi, tentang masalah kewangan itu bukanlah punca utama kerana saya bekerja menyara keluarga,”
“Saya mahu fikir positif dan mulakan hidup baharu, sekarang mahu fikir kerja dahulu dan serik nak fikir tentang kahwin.
“Bagi saya perjalanan kehidupan saya dengan bekas isteri sudah berakhir dan tidak mahu mengingat kembali,”
Kegagalan perkahwinan ini merupakan kali ketiga buat Faizal.
Penyanyi ini akui kini agak serik untuk berkahwin lagi. Faizal kini mahu fokus dengan kerjaya dan juga perniagaannya.
Sumber: mStar
Sumber: beritamemey
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tdnEk3
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment