Warga Emas, Remaja Maut Dalam Kemalangan
KUALA TERENGGANU – Seorang warga emas yang dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan buah pinggang di bandar Kemaman, maut selepas kereta dipandunya terbabas dan melanggar tiang elektrik di Km28.8 Jalan Mak Lagam, Cheneh, Kemaman, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 7.50 pagi itu, Idris Ibrahim, 61, meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Kemaman,Supt Mohd Said Ibrahim ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian dan berkata mayat lelaki itu dibawa ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat.
Sementara itu, seorang remaja lelaki maut setelah motosikal ditunggangnya terbabas dan melanggar tiang elektrik di Km54, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu berhampiran Kampung Sungai Lerek, Setiu, malam tadi.
Muhammad Farish [email protected],15, yang mengalami kecederaan parah di kepala maut di tempat kejadian dalam kemalangan kira-kira 10.20 malam itu.
Ketua Polis Daerah Setiu DSP Zulkifli Mat Deris berkata mayat remaja itu dibawa ke Hospital Setiu untuk bedah siasat. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tVZB6j
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment