Hi! Welcome Back and Stay Tune! Air Mata Kecewa Iringi Hanafiah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Air Mata Kecewa Iringi Hanafiah


KUALA LUMPUR: Air mata pemain sepak takraw negara Mohd Hanafiah Dolah yang bergenang sebaik keluar gelanggang sudah cukup menceritakan kekecewaan selepas diaibkan Thailand 3-0 dalam aksi penutup acara berpasukan lelaki di Stadium Tertutup Titiwangsa, pagi tadi.

Kekalahan itu menyaksikan Malaysia sekadar meraih gangsa dan berkongsi bersama Brunei selepas menamatkan saingan di kedudukan ketiga dalam liga sepusingan, selepas turut diaibkan Indonesia 1-2, malam tadi.

Hanafiah ketika ditanya bagaimanapun mendedahkan kesedihan itu bukan hanya disebabkan kegagalan pasukannya tetapi juga kerana tidak berpuas hati dengan prestasi buruknya.

"Saya menangis disebabkan terlalu kecewa kerana gagal menampilkan permainan sebenar saya, hinggakan ada satu ketikanya minda saya menjadi kosong dan kehilangan arah di dalam permainan," kata perejam utama negara berusia 26 tahun itu.

Turun sebagai regu pertama bersama rakan gandingannya - Mohd Syahir Rosdi dan Farhan Adam, Hanafiah jelas beraksi hambar di set pertama apabila banyak rejamannya terkandas di jaring mahupun dihadang lawan.

Kemuncaknya ketika Malaysia ketinggalan 12-7, sekali gus memaksa jurulatih Abdul Talib Ahmad menggantikannya dengan seorang lagi perejam berpengalaman, Khairol Zaman Hamid Akhbar.

Begitupun, regu yang pernah melakar kejutan menjuarai Siri Super ISTAF 2015 di Melaka itu tetap akur tunduk kepada trio Thailand 21-15, 21-17.

Skuad negara mengesahkan kekalahan apabila regu kedua, Said Ezwan Said De, Norhafizi Abdul Razak dan Safarudin Abu Bakar tumpas 21-10, 21-6.

Regu ketiga yang dibarisi Meor Mohd Zulfikar Mat Amin, Syazreen Qamar dan Alan Alias juga menjadi 'lauk' buat lawan apabila tewas kedua-dua set di bawah 10 mata, 21-9, 21-8 dalam regu ketiga yang diteruskan sebagai formaliti bagi melengkapkan perlawanan.

Namun Hanafiah mempunyai alasan tersendiri atas prestasi hambarnya itu sambil berjanji akan bangkit dalam usaha mempertahankan pingat emas antara regu yang dimenanginya di Singapura dua tahun lalu.

"Saya sudah lebih setahun mengalami kecederaan pinggang dan terpaksa berehat panjang, termasuk terlepas beberapa kejohanan sejak tahun lalu, jadi mungkin sebab itu saya berasa gugup selepas lama tidak beraksi," kata anak kelahiran Terengganu itu. - BHOnline


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vaUZYZ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.