TUAN IBRAHIM DALANG KEPADA HAJI HADI PRESIDEN PAS
Bagi mereka yang tidak berpengalaman politik, mungkin tidak menyedari Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menjadi dalang kepada presidennya Datuk Seri Haji Hadi untuk mententeramkan kegelisahan pemimpin- pemimpin dan juga ahli-ahli akar umbinya atas kerjasama PAS dengan UMNO.
Tuan Ibrahim telah memainkan peranan ini dengan licin dan bijak dengan mengambil kesempatan atas isu-isu popular yang boleh menunjukkan Pas terus dengan prinsipnya dan tetap kritikal terhadap UMNO.
Ada kalanya Tuan Ibrahim dilihat seolah-olah bersama dengan pembangkang dan membelakangi Hadi.
Yang terkini ialah beliau bertanya kenapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib melantik Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda dan kenapa terlalu lewat dikeluarkan daripada Felda dan kemudian dihantar ke SPAD.
Soalnya kenaapa Tuan Ibrahim tidak bertanya dari awal lagi dan kenapa setelah SPRM bertindak ke atas Isa maka baru semua soalan ini dikemukakan.
Adakah ini kerana takut pengaruh Pas di Felda turut merosot seperti bertambah merosotnya pengaruh UMNO kerana beberapa skandal dan penyalahgunaan kuasa yang melibatkan nama Felda semakin sensitif kepada peneroka- peneroka.
Malapetaka besar akan menimpa UMNO di kawasan-kawasan pilihanraya yang dikuasainya sekiranya Isa Samad dibiarkan terus bebas tanpa menghadapi sebarang tindakan kerana namanya sudah terlalu busuk di kalangan peneroka.
Tuan Ibrahim juga pantas menuntut supaya Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat semula peristiwa ” Memali” berikutan dengan peristiwa itu ditimbulkan semula oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Mohd Zahid Hamidi di Baling walaupun Mahkamah telah menutupnya.
Kepada umum terlihat seolah-olah macam Pas memberikan sokongan kepada kebangkitan semula isu ini untuk marakan sentimen kemarahan pada Dr. Mahathir yang menjadi Perdana Menteri semasa kejadian itu.
Semua Ketua- Ketua Pengarang akhbar termasuk saya sendiri telah diberikan taklimat dan ditunjukkan video oleh pegawai-pegawai Kementerian dalam Negeri termasuk pegawai tinggi polis berhubung dengan peristiwa itu sebaik sahaja kami kembali dari mengikuti lawatan Perdana Menteri Mahathir ke China pada tahun 1985.Kejadian itu berlaku pada hari kami akan berangkat ke China.
Video polis yang ditunjukkan kepada kami antaranya ialah bagaimana pengikut-pengkut setia Ibrahim Libya berlari pantas dengan memegang parang ke arah polis.
Tidakkah terlintas langsung difikiran Tuan Ibrahim bahawa pengikut Ibrahim Libya yang taksub kepada “Amanat Haji Hadi” percaya bahawa mereka percaya mati syahid dengan membunuh anggota polis yang mempertahankan kerajaan kafir.
Amanat H Haji Hadi yang dikelurkan kira 4 tahun sebelum kejadian Memali pada November 1985 berbunyi:
“ |
Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian, Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.
Amanat ini adalah tercipta kerana ideologi Islam mengikut pandangan fanatik dan taksub Haji Hadi. Imej dan ketaksuban beliau sebagai mahaguru Pas yang dilambangkan oleh pakaian dan retoriknya telah membina kesepaduan dan kafanatikan Pas sekian lama. Tetapi kecairan telah berlaku bila pengikut-pengikutnya menganggap Haji Hadi ” murtad” dengan kesanggupan berkawan dengan “kafir,” yang tidak sahaja dirasakan oleh ahli-ahli diakar umbi tetapi juga di kalangan kepimpinan Pas yang kiranya tidak terkawal akan menyebabkan lebih ramai akan meninggalkan parti. Langkah mengawal ini sedang dijalankan oleh Tuan Ibrahim. Penemuan kajian dan interviu Ketua Eskutif Yusuf Ishak Institude Singapore,Wan Saiful Wan Jan pemimpin-pemimpin parti Pas tidak senang hubungan dengan UMNO ada kebenarannya. Berasaskan tinjauan saya sendiri sebagai wartawan bebas yang ketara sekali diperingkat pimpinan akar umbi terutama di Kedah yang menjadi harapan Pas. Mesyuarat-mesyurat cawangannya telah tidak lagi dihadiri ramai. Peranan utama Tuan Ibrahim sebagai Timbalan Presiden Pas adalah untuk merasionalisasikan tindakan-tindakan Haji Hadi yang nampak menyokong UMNO sebagai suatu usaha untuk merungkai kekuatan UMNO. Ia juga boleh dilihat sebagai tindakan mengawal kerosakan yang telah berlaku kepada Pas di seluruh negara kecuali di Kelantan Dengan semakin dekatnya pilihanraya dan semakin perlunya UMNO kepada sokongan Pas maka akan semakin terserlah Tuan Ibrahim akan mengambil kesempatan dari isu-isu tertentu bagi membersihkan kecemaran yang akan terus dilakukan oleh Haji Hadi terhadap prinsip-prinsip Pas. Tuan Ibahim adalah dalang wayang kulit Haji Hadi dan Haji Hadi bukanlah lagi Tokoh Pejuang Parti Islam tetapi hipokrit Islam paling besar yang pernah dimiliki oleh negara ini. Segala sesuatu mengenainya adalah palsu termasuk dalam soal mengkafirkan UMNO. Allah Maha Mengetahui. |
– http://ift.tt/2wqIRHE
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2v0Qm4E
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment