Trump Jadikan Rumah Putih Ala Program The Apprentice
SELEPAS kejutan memecat Steve Bannon sebagai Pengarah Strategi Rumah Putih 12 jam lalu, Presiden AS Donald Trump terus mencipta sensasi di Washington.
Kali ini dengan mengumumkan perlantikan Hope Hick sebagai nama baharu dalam senarai pasukan kerjanya di Rumah Putih.
Hick, model seksi Ralph Lauren, dilantik sebagai Pengarah Komunikasi Presiden, menggantikan Anthony Scaramucci yang dipecat dua hari lalu.
Hicks juga pernah menjadi model jenama pakaian Ivanka Trump. Media antarabangsa melaporkan Hick akan menerima gaji AS$180,000 setahun (RM750,000).
Sedikit sinis, pada usia 28 tahun Hick tidak memiliki sebarang pengalaman politik bagi menggantikan Scaramucci yang dipecat kerana berbalah dengan Bannon.
Manakala Bannon pula dipecat Trump kerana mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan Trump dalam isu Korea Utara.
Scaramucci selepas dipecat mendedahkan Bannon mengetuai konspirasi menjatuhkan Trump dalam Rumah Putih kerana tidak bersetuju dengan dasar Presiden yang gemar mencetuskan ketegangan diplomatik.
Trump yang sebelum menjadi Presiden AS popular dengan program realiti The Apprentice dengan taglines You Are Fired.
Kini Rumah Putih dengan krisis pemecatan pegawai-pegawai kanan Presiden menjadikan imej Pejabat Oval itu umpama siri TV saja. – MYNEWSHUB.CC
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wqIU6r
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment