Hi! Welcome Back and Stay Tune! Video: Fazura tertunduk malu bila ditanya tentang perasaan terima sejambak bunga dari Fattah Amin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Video: Fazura tertunduk malu bila ditanya tentang perasaan terima sejambak bunga dari Fattah Amin

TERTUNDUK malu aktres terkenal, Fazura ketika ditanya mengenai perasaan menerima sejambak bunga ros daripada pelakon Fattah Amin pada Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) yang berlangsung pada Jumaat lalu.

 

 

 

Mana tidaknya, acara yang diadakan di Pavilion Kuala Lumpur itu turut disaksikan oleh ribuan penonton yang memenuhi ruang pusat beli-belah terkemuka itu.

Bergema Pavilion dengan sorakan peminat saat Fattah menaiki pentas dan menghadiahkan Fazura dengan sejambak bunga.

Rata-rata juga menyifatkan tindakan Fattah itu sebagai romantik sehingga berjaya membuatkan ramai terusik seolah-olah sedang menonton babak dalam drama!

 

Fazura pula ketika ditemui petugas media memberitahu dia sendiri terkejut apabila Fattah tiba-tiba tampil menghadiahkannya bunga sejurus dia selesai memperkenalkan koleksi terbaharunya dibawah jenama House of Doll by Fazura.

Secara berjenaka, Fazura memberitahu sukar untuk mereka untuk ‘move on’ selepas sama-sama terlibat dalam drama bersiri Hero Seorang Cinderella yang menjadi fenomena dalam kalangan penonton sebelum ini.

“Saya terkejut sebenarnya, masih dalam karakter dan susah sikit hendak ‘move on’. Memang tak akan ‘move on’,” katanya.

Sementara itu, rakaman video Fazura mendapat bunga mula tersebar luas di media sosial dan mendoakan agar pasangan itu benar-benar menjalinkan hubungan cinta.

Malah ramai merasakan Fazura seorang wanita bertuah kerana Fattah dilihat sebagai lelaki budiman dan romantik.

“Tak perlu ‘move on’ la Fazura. Kami hari-hari tidak boleh ‘move on’, asyik tunggu semut mari hinggap.

“Pasangan paling secocok dan harap-harap Fazura dan Fattah akan bertemu jodoh.

Sweet sangat mereka. Fattah pun sangat ‘gentlemen’,” tulis beberapa peminat di Instagram.

Malah Fattah yang dilihat meminta kebenaran ibu Fazura sebelum menaiki pentas bagi menghadiahkan bunga tersebut turut dipuji netizan yang menyifatkan dia pandai menghormati orang tua dan calon menantu paling sesuai.

“Beruntung kalau Fazura dapat memiliki Fattah, dia adalah lelaki yang sebenar.

“Hormat untuk anda! Susah hendak cari lelaki yang gentlemen macam ni. Doakan yang baik-baik,” tulis seorang peminat.

“Bahagian yang paling menarik pada malam itu, Fattah minta restu ibu mertua… so sweet,” tulis pula @einaznl.

Sumber: Mstar



Sumber Video: Fazura tertunduk malu bila ditanya tentang perasaan terima sejambak bunga dari Fattah Amin

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wjfbNf

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.