Malaysia Mara Ke Final
KUALA LUMPUR: Malaysia mudah mengatasi Brunei 70-28 di peringkat separuh akhir acara bola jaring pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Stadium Juara, Bukit Kiara, dekat sini, hari ini.
Pertembungan kedua-dua pasukan mengulangi aksi separuh akhir pada edisi 2015 di Singapura yang mana Malaysia ketika itu mencatat kemenangan 79-23.
Satu lagi aksi separuh akhir hari ini membabitkan penyandang juara, Singapura bertemu Thailand yang turut mengulangi pertembungan di negara seberang tambak itu pada 2015.
Singapura ketika itu mencatat kemenangan 59-29.
Hanya lima negara bertanding dalam acara bola jaring di KL2015 termasuk Filipina.
Pertembungan final esok turut mengulangi aksi final di antara Malaysia dan Singapura dengan edisi 2015 menyaksikan tuan rumah menang 46-43. - BHOnline
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vaOgyg
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment