Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Bukan saja sanggup larikan anak saya, tetapi turut mencuri seluar dalam isteri saya” - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Bukan saja sanggup larikan anak saya, tetapi turut mencuri seluar dalam isteri saya”

“Mereka ini gila kerana bukan saja sanggup melarikan anak saya, tetapi turut mencuri seluar dalam isteri,” kata Fazil Abdullah, 35, menceritakan motif tiga lelaki berusia 17, 18, dan 21 tahun melarikan anak perempuannya, Faralysa Amani, 9, di kuarters Politeknik Port Dickson (PPD), di sini, Isnin lalu.

Fazil berkata, isterinya, Nur Asyikeen Ramli, 33, adalah Penyelia Asrama PPD dan sering mengambil tindakan terhadap dua suspek berusia 18 tahun dan 21 tahun yang merokok dalam asrama.

“Disebabkan itu mereka berdendam, malah mengajak seorang rakan lelaki berusia 17 tahun mengenakan keluarga kami,” katanya.

Menurut Fazil, dua daripada tiga suspek penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) berkenaan dan tinggal di asrama berhampiran kuarters didiami keluarganya.

“Bermula awal tahun, isteri sering kehilangan seluar serta baju dalam dan dipercayai dicuri penuntut terbabit. Sejak dua bulan lalu kediaman, kami dipecah masuk selain pakaian disidai di ampaian juga hilang,” katanya.

Menurutnya, dia dan isteri tidak membuat laporan polis berikutan tiada bukti untuk menuduh mereka.

Katanya, selang beberapa hari kemudian, pakaian dilarikan dipulangkan sebaik ia disidai semula di ampaian.

“Saya percaya mereka mahu membalas dendam berikutan isteri menegur tabiat merokok dalam asrama. Saya tidak menyangka kejadian itu mencapai kemuncak sebaik Faralysa dilarikan, Isnin lalu dan ia cukup mendebarkan,” katanya.

Katanya, Nur Asyikeen kini dalam keadaan trauma dan mahu melepaskan jawatan penyelia asrama disandangnya sejak tujuh tahun lalu.

“Sudah tujuh tahun kami tinggal di sini dan ia pengalaman yang cukup pahit. Isteri tidak akan menjadi warden lagi dan kami memutuskan menetap di rumah ibu di Telok Kemang, di sini,” katanya.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber “Bukan saja sanggup larikan anak saya, tetapi turut mencuri seluar dalam isteri saya”

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wbbU2a

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.