Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ibu Paling Muda. Kanak-kanak 12 Tahun Lahirkan Anak Dan Membuangnya Dalam Semak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ibu Paling Muda. Kanak-kanak 12 Tahun Lahirkan Anak Dan Membuangnya Dalam Semak


Seorang ibu muda berusia 12 tahun telah membuang bayi perempuannya ke dalam semak di China pada jumaat lalu.

Bayi itu kini berada di hospital dan berada dalam keadaan sihat.

Polis tempatan mengesahkan, ibu bayi berkenaan adalah seorang pelajar sekolah rendah dikenali sebagai Xiao Min dan tinggal bersama datuk dan neneknya dan hanya berjumpa dengan ibu bapanya yang bekerja di bandar lain sekali dalam setahun.


Bayi tersebut di temui di Yibin, Nanxi sebuah bandar di wilayah Sinchuan pada malam 11 Ogos lalu, berdasarkan laporan laman web The Paper.

Dia dijumpai di dalam semak bersebelah sebuah jambatan dan segera dikejarkan ke Hospital Perubatan tradisional China Nanxi untuk pemeriksaan kesihatan.


Sementara itu, memetik Metro.uk, pada hari bayi baru ditemui, nenek kanak-kanak itu berkata, cucunya telah berasa tidak sihat dan dia memutuskan untuk membawanya ke hospital untuk pemeriksaan.

Ketika dalam perjalanan, gadis itu meminta untuk menggunakan tandas dan kemudian menghilang di sebalik semak berhampiran jambatan selama 30 minit.

Apabila dia kembali, mereka terus ke hospital untuk buat pemeriksaan.

Pada masa tersebut, penyiasat percaya bayi itu dilahirkan dan kemudian ditinggalkan.

Doktor berkata bayi dilahirkan secara pramatang dan dalam keadaan sangat lemah ketika tiba di hospital namun tidak mengalami kecacatan fizikal atau kecacatan kelahiran lain yang dapat dikenalpasti.


Guru dan neneknya tidak menyedari kanak-kanak itu mengandung, katanya.

Polis sedang menjalankan siasatan bagi mengetahui bapa kepada kanak-kanak itu.

Bayi itu dipindahkan ke Hospital Yibin pada 14 Ogos lalu dan akan diserahkan kepada rumah anak yatim selepas keadaanya stabil.

Sumber: Siakapkeli


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vbbZyd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.