Hi! Welcome Back and Stay Tune! Malaysia Masih Ungguli Kutipan Pingat Emas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Malaysia Masih Ungguli Kutipan Pingat Emas



Malaysia, dengan sasaran 11 pingat emas, masih menungguli carta pungutan pingat emas Sukan SEA ke-29 selepas mengumpul dua lagi pingat gangsa daripada acara maraton lelaki dan sepak takraw acara regu berpasukan, hari ini.

Singapura dan Thailand, juara keseluruhan dua tahun lalu, masing-masing mengekori tuan rumah di tangga kedua dan ketiga dengan tiga emas, Indonesia dan Myanmar dengan dua manakala Filipina menamatkan kemarau kilauan emas dengan merangkul emas acara maraton wanita.

Sejumlah 404 emas dipertandingkan pada edisi kali ini dengan 18 dimenangi sejak lima hari lepas dan 21 lagi akan ditentukan esok apabila lima emas menjadi persaingan dalam acara wushu.

Di Terengganu, perlumbaan kuda lasak 80km membuka tirai dengan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin antara penserta memburu emas dalam acara individu dan berpasukan.

Anggota komando, Muhaizar Mohammad menamatkan kemarau pingat selama 44 tahun dalam acara maraton lelaki apabila menamatkan larian di tempat ketiga, selepas M. Solaimuthu meraih gangsa pada edisi 1973 di Singapura.

"Saya hanya berlatih selama sebulan dan meletakkan sasaran menyumbang pingat untuk negara.

"Alhamdulillah saya mencapainya dan berterima kasih atas sokongan isteri, anak-anak dan ibu bapa," kata pelari berusia 32 tahun yang merakamkan masa 2:31:52s di belakang juara bertahan Soh Rui Yong dari Singapura dan pemenang pingat perak, Agus Prayogo dari Indonesia.

Skuad sepak takraw negara hanya mampu berkongsi pingat gangsa dengan Brunei dalam saingan regu berpasukan selepas Thailand mengekalkan emas yang dimenangi sejak edisi 1993 manakala tuan rumah Sukan Asia 2018, Indonesia, meraih perak.

Cabaran skuad itu dalam acara beregu berpasukan bermula Isnin ini.

Dalam acara bola jaring, Malaysia tinggal selangkah lagi bagi merealisasikan impian emas apabila muncul pasukan favourit dalam pertemuan final dengan juara bertahan Singapura, esok.

Malaysia, selaku juara Asia, memiliki kelebihan pada perlawanan akhir selepas mengalahkan negara jiran itu 50-37 dalam saingan pusingan awal.

Buruan emas Malaysia juga bersandarkan kepada acara boling, yang membuka gelanggang esok, dengan tumpuan terletak pada peserta muda, Muhd Rafiz Ismail, untuk mempertahankan gelaran acara perseorangan.

Anak muda berusia 20 tahun itu turut pulang dari edisi lepas di Singapura dengan emas dalam acara trio dan lima sepasukan.

Pemanah negara akan kembali semula ke lapang sasar dalam saingan acara recurve selepas pasukan compound menghadiahkan tiga emas untuk kontinjen negara.

Dalam acara polo air lelaki, Malaysia berada di landasan untuk mengakhiri kemarau pingat selama 12 tahun apabila bertemu Singapura untuk pingat gangsa dalam aksi akhir pusingan round-robin.

Pusat Akuatik Nasional sekali lagi akan menjadi medan pertembungan antara Malaysia dan Singapura apabila acara renang berirama kembali semula selepas berhenti rehat sehari.

Gandingan negara, Zylane Lee Yhing Huey dan pemenang emas acara solo teknikal, Gan Hua Wei akan berentap dengan pencabar Debbie Soh dan Miya Yong Hsing dalam acara duet rutin bebas selepas gandingan Singapura mengenepikan saingan negara tuan rumah untuk emasa dalam acara duet teknikal.

Sukan wushu akan membuka gelanggang dengan lima emas menjadi pertarungan dalam acara jianshu dan taijihan lelaki dan jianshu, nanquan dan gunshu wanita dengan wakil negara Loh Jack Chang, pemenang pingat perak di Singapura, sekali lagi dijangka menjadi antara pencabar utama. - BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2v0BP8Z

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.