Hi! Welcome Back and Stay Tune! DR MAHATHIR MAHU HANCURKAN UMNO, NAJIB INGATKAN MELAYU - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

DR MAHATHIR MAHU HANCURKAN UMNO, NAJIB INGATKAN MELAYU

PERDANA Menteri Najib Razak mengingatkan orang Melayu supaya bersiap sedia untuk berdepan dengan Dr Mahathir Mohamad yang mahu menghancurkan Umno.

Presiden Umno itu berkata, apa yang beliau lakukan selama ini ialah meneruskan legasi pemimpin terdahulu termasuk Dr Mahathir.

“Bukan tugas pemimpin lama nak menjahanamkan apa yang dibina selama ini,” kata Najib semasa merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Langkawi hari ini.

“Sebab pemimpin itu selama ini pernah berucap, dan saya masih ingat lagi. Saya tak mudah lupa.

“Pemimpin itu kata, ‘Kalau kita tak ada jawatan, kita perlu menyokong orang baru. Sebab bila kita jadi pemimpin, orang lain menyokong kita.’,” kata Najib merujuk kepada ucapan Dr Mahathir dahulu sambil disorak dengan jeritan “dia mudah lupa”.

Pulau Langkawi dianggap sebagai kubu kuat Dr Mahathir kerana jasanya membangunkan pulau itu semasa menjadi perdana menteri.

Kedatangan Najib ke Langkawi dilihat sebagai usaha untuk meredakan kemaraan Bersatu di pulau itu.

Najib berkata, sekiranya mana-mana ahli Umno tidak suka kepada pemimpin, mereka tidak seharusnya bertindak menghancurkan parti.

“Sebab parti Umno inilah parti keramat Melayu,” kata Najib disambut dengan tepukan dan sorakan.

“Saya ini kuat kerana apa? Bukan kerana saya, tapi kerana parti Umno di belakang saya.”

Najib berkata, sejarah membuktikan pemimpin terdahulu Umno yang tinggalkan parti tidak pernah berjaya.

“Onn Jaafar dahulu bila tinggalkan Umno tubuh Parti Negara dia makin kuat?

“Sejarah membuktikan pemimpin Umno lain pun yang tinggalkan Umno akhirnya sedar bahawa dia tidak kuat yang menyebabkan dia kuat ialah kerana ahli Umno berdiri teguh di belakangnya,” katanya.

Najib turut memuji Umno Langkawi yang masih teguh meskipun krisis besar melanda parti itu baru-baru ini.

“Sayanglah kepada masa depan negara ini. Sayanglah kepada anak-anak yang masih kecil dan bersekolah.

“Sayanglah kepada generasi TN50 yang mengharapkan negara Malaysia hebat dan unggul di dunia,” katanya.

– http://ift.tt/2pAR1dR

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2x0t7sI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.