Pesakit Dapat Ubat Alternatif
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengakui kekurangan bekalan bagi beberapa jenis ubat di hospital kerajaan sejak kebelakangan ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata masalah bekalan itu akibat isu pengilangan yang dihadapi syarikat pengeluar.
Selain itu, katanya, berlaku peningkatan bilangan pesakit di hospital kerajaan pada tahun ini.
"Bagi memastikan bekalan ubat mencukupi, kementerian melakukan pemantauan secara dekat serta mengenal pasti sumber bekalan alternatif bagi ubat yang terbabit.
"Peruntukan kewangan tambahan bagi pembelian ubat itu juga sudah diagihkan kepada hospital untuk memastikan bekalan ubat kepada pesakit mencukupi dan tidak membebankan pesakit," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi memberi maklum balas berhubung artikel yang disiarkan portal berita mengenai kekurangan ubat di hospital kerajaan. - BHOnline
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uRGb6m
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment