“Duduk tak boleh, berdiri tak boleh, baring pun tak boleh!” – Hafiz Suip menyepi 2 tahun kerana sakit
Penyanyi Hafiz Suip mengakui kehilangan beliau selama lebih kurang 2 tahun dalam industri adalah kerana beliau terpaksa menanggung kesakitan yang dialami.
Menurut Hafiz, kira-kira dua tahun dahulu beliau pernah mengalami kecederaan tulang belakang sewaktu melakukan aktiviti sukan.
Hafiz pernah tersalah langkah sewaktu bermain permainan trampolin. Namun selepas mengalami kecederaan sewaktu bermain futsal baru beliau mengetahui punca sebenar beliau sakit tulang belakang.
” Sewaktu itu saya nak duduk tak boleh, berdiri tak boleh, nak baring pun tak boleh. Memang sakit! “, Jelasnya.
Malah disebabkan kecederaan yang dialami, Hafiz terpaksa menggunakan kerusi roda selama seminggu.
Tambah Hafiz lagi, sewaktu majlis perkahwinannya pun beliau masih kesakitan tetapi harus menahan sakit.
Namun kini keadaannya beransur pulih dan Hafiz telah pun muncul dengan lagu terbaru berjudul Kejar yang berentak ‘funk’.
Kata Hafiz beliau sengaja memilih genre ‘funk’ kerana mahu lari dari kebiasaan dan memberikan satu kelainan buat peminat-peminatnya.
Sumber: Suria
Sumber “Duduk tak boleh, berdiri tak boleh, baring pun tak boleh!” – Hafiz Suip menyepi 2 tahun kerana sakit
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2x0I2TF
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment