Hi! Welcome Back and Stay Tune! Persepsi Mahkamah Dipengaruhi Kuasa Politik Tidak Betul - Salleh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Persepsi Mahkamah Dipengaruhi Kuasa Politik Tidak Betul - Salleh



KUALA LUMPUR : Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata tindakan pihak tertentu yang menimbulkan persepsi bahawa mahkamah dipengaruhi oleh kuasa politik, adalah tidak betul.

Beliau berkata sistem kehakiman negara mempunyai prosedur undang-undang dan mahkamah perlu mengikut prosedur tersebut dalam perbicaraan.

"Kita tidak boleh bermain politik dengan isu keadilan ini untuk menimbulkan persepsi rakyat agar membenci kerajaan. Keadilan ini adalah hak rakyat," katanya menerusi catatan terbaharu di laman blog beliau, sskeruak.blogspot.my hari ini.

Salleh berkata Malaysia mengamalkan doktrin pengasingan kuasa antara badan legislatif, eksekutif dan kehakiman dengan prinsip penting doktrin itu adalah tiada satu badan pun boleh melangkaui kuasa badan yang lain.

"Namun, kini ada pihak yang mempertikaikan pelaksanaan prinsip ini, khususnya apabila keputusan mahkamah tidak memihak kepada pihak-pihak tertentu. Apabila ini berlaku, maka timbullah tuduhan mahkamah dipengaruhi oleh kuasa politik," katanya.

Salleh berkata jika persepsi salah terus ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu, maka doktrin pengasingan kuasa yang dibina selama ini akan rosak.

"Mahkamah seperti didesak untuk memberi keadilan hanya kepada yang menentang. Ini adalah satu prinsip keadilan yang silap," katanya.

Menurutnya keadilan perlu dinilai dengan kebenaran kerana yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah.

"Keadilan boleh dilewatkan tetapi tidak boleh dinafikan. Belajarlah daripada pengalaman kes Forex dan Memali yang sedang hangat kita bincangkan sekarang ini. Keadilan itu boleh dilewatkan, tetapi tidak boleh dinafikan," katanya.

-- BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2x0v6xe

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.