Kisah Benar Tragedi Memali Diceritakan Oleh Anggota Polis Yang Terlibat Secara Langsung
Kisah benar TRAGEDI MEMALI
Ayahanda Zahari Bin Mat Taib merupakan salah seorang anggota Polis yg bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman beliau antara anggota yg terlibat secara langsung semasa TRAGEDI MAMALI .....
Komen terbaik dari Ayahanda Zahari
Inilah FAKTA sebenarnya yg belaku ketika itu serta keratan akhbar-akhbar membuktikan Tun Dr Mahathir Mohamad sama sekali tak terlibat dlm TRAGEDI MAMALI 32tahun yg lepas ....
Terima kasih Bob Oziel Johar.
Begitulah jawapan saya Bob. Tetapi sebagai manusia biasa kita kita tidak tahu 100% setiap saat kejadian itu berlaku. Selain dari bertugas menjalankan tanggungjawab, secara peribadi, saya juga diberi taklimat oleh pegawai atasan dan mendapat maklumat dari kawan-kawan. Bahkan saya dan kawan kawan diberi taklimat khas berkaitan kejadian satu persatu dari awal hingga akhir.
Termasuk rakaman penuh video. Kami tidak boleh diberikan taklimat sebagaimana orang politik. Tetapi kami perlu diberi dan taklimat penerangan bagaimana kejadian berlaku di "on the ground". Kami sebagai anggota Polis atau "Tentera" tidak boleh diberi maklumat salah kerana akan menjejaskan penugasan kami.
Sekiranya kami diberi taklimat salah maka kami tidak dapat melakukan tugas dengan sempurna. Secara ringkasnya kejadian perlanggaran undang-undang negara yg dilakukan oleh Ibrahim Libya telah pun di hidu oleh pihak Polis terutamanya Cawangan Khas kerana itulah sebabahagian dari tugas kami.
Seperti yg diajarkan kpd kami tugas utama Cawangan Khas antaranya adalah merisik, mengumpul dan membandingkan maklumat dan membuat lapuran penilaian tahap keselamatan sesuatu maklumat itu kpd pihak atasan. Bukan hanya tertumpu kpd jenayah sahaja. Tetapi termasuklah ancaman kpd negara, pelampau perkauman dan agama, politik, kumpulan xtreme, jenayah, ancaman penyakit, penyeludupan dan apa juga maklumat berkaitan keselamatan samada ianya jadi tugas hakiki polis atau membantu jabatan dan ketua ketua masyarakat yg lain.
Rasanya tidak cukup ruangan yg sedikit ini untuk mengulas semua penugasan Cawangan Khas atau lebih terkenal dengan SB. Manakala anggota SB ini berada dimana mana samada di Balai Polis kecil hingga ke Bukit Aman dan juga diseluruh negara. Jika lapuran kami salah atau bertentangan dengan majoriti maklumat lain, maka kami akan "dibelasah" oleh boss kami. Jadi kami mesti buat lapuran yg benar dan sahih. Bahkan kami ada darjah atau peringkat tahap penilaian kami sebagai rujukan ditahap mana quality lapuran kami. Mudah kata kami tak boleh buat silap akan lapuran kami berbanding dengan keadaan sebenar.
Pada masa peristiwa Memali dahulu, Polis termasuk SB sudah pun dapat mencium bau ancaman yg lakukan oleh kumpulan pelampau agama yg diketuai oleh Ibrahim Libya. Tetapi SB tidak boleh beritndak seperti anggota Polis Bhg Jenayah kerana pada peringkat permulaan ianya berkaitan dengan minda, perancangan dan sebaran pengaruh sahaja. Tak ada bukti fizikal. Jika penjenayah senang sedikit walaupun "bukan mudah".
Ianya berkaitan tangkap, buka kertas siasatan, dapatkan reman, buat pertuduhan, dapatkan bahan bukti, saksi dll. Seterusnya mendakwa di mahkamah. SB bukan begitu tugas hakikinyanya. Sebab itu ISA diletak dibahu SB. Bila maklumat telah terkumpul bahawa kumpulan Ibrahim Libya sedang merancang kekerasan melawan kerajaan telah dihidu oleh SB dan Polis Biasa (tugas am) maka pihak Polis dari IPD dan Balai akan segera untuk bertindak memeriksa secara fizikal.
Kawasan IPD (Daerah Polis) dan Balai (daerah Balai Polis) terletak dibawah perintah KPD atau lebih terkenal dengan OCPD. Polis telah mempunyai cukup bukti tetapi ingin menyelesaikannya secara tindakan seminima yg boleh tanpa membahayakan nyawa manusia atau penduduk. Tetapi apa yg berlaku pengikut Ibrahim dengan arahan Ibrahim Libya menghalang Pihak Berkuasa termasuk OCPD dari memasuki "kawasan mereka".
Kononnya dengan air jampi Ibrahim Libya, mereka memiliki kuasa luarbiasa dan istimewa termasuk kebal dari peluru. Bila pihak Polis memberi amaran akan masuk juga dengan apa cara sekali pun, mereka membuat persiapan "peperangan". Membina kubu sekatan menggunakan kayu dan buluh.
Memperlengkapkan ahli mereka dengan panah, lembing dan parang. Yang lebih malang lagi salah seorang anggota RELA yg diberi selaras senjatapi shot gun juga turut menjadi pengikut Ibrahim Libya. Bila Ketua Polis tempatan cuba masuk ke markas, mereka mereka menghalangnya. Lalu pihak PDRM menghantar FRU atau Polis Pencegahan Rusuhan dengan andaian mereka akan merusuh jika polis masuk dgn kekerasan. Tetapi mereka melawan dengan tindakan yg lebih drastik. Seorang anggota RELA penyokong mereka yg mempunyai senjata shot gun membuat serangan hendap ke atas lori FRU. Ini mengakibatkan 4 orang anggota FRU terkorban.
Saya sendiri adalah salah seorang anggota SB bukit aman yg turut menyambut keranda mereka di masjid PULAPOL Jln Gurney KL. Sungguh sedih sekali. Mereka ke sana untuk jaga aman tetapi kembali sebagai jenazah. Berikutan dengan insiden itu, FRU di tarik keluar. FRU hanya diperlengkapkan dengan peralatan menyuraikan rusuhan sahaja. Bukan untuk pertempuran bersenjata.
Dengan penilaian bahawa pengikut Ibrahim Libya telah menjadi pemberontak bersenjata, pihak Polis menghantar PPH (Jika sekarang di namakan PGA yg dilengkapi dengan kereta perisai) menyerbu ke Kem Haram Ibrahim Libya tersebut. Pihak Polis telah memberi amaran supaya menyerah diri dan menyerahkan semua senjata yg mereka miliki. Tetapi mereka ingkar.
Disebalik pagar buluh mereka menjadikan wanita dan kanak2 perisai. Sebahagian dari mereka yg menyangka mereka kebal kerana meminum air jampi Ibrahim Libya telah menyerbu anggota PPH dan kereta kebal dengan menghayun pedang dan bersenjatakan lembing hingga sampai rapat dengan anggota keselamatan (Polis). Bahawa dengan ancaman sedemikian rupa, pihak Polis tiada pilihan melainkan terpaksa melepaskan tembakan. 14 Orang pengikut Ibrahim Libya terkorban.
Kepada generasi baru, kejadian itu sudah lama berlaku. Banyak versi cerita yg pelik pelik tersebar terutamanya pihak Pembangkang. Ada yg baru berumur 4 ke 5 tahun ketika kejadian turut sama menjaja dakyah yg mereka belum mengertti apa2 ketika kejadian.
PM, Menteri Dalam Negeri, Menteri Pertahanan, KPN atau atau General Tentera sekalipun sudah tentu tidak berada di Memali pada masa itu. Mereka hanya bergantung lapuran semasa para Pemerintah Tentera dan Polis. Yg dilatih menghadapai suasana kecemasa bersenjata adalah Polis dan Tentera. Mereka bermesyuarat, merancang dan membuat cadangan atau plan tindakan. Lalu mensihatkan PM atau Menteri dll. Itulah peraturan kita. Oleh itu tindakan keselamatan yg dilakukan terhadap pengikut Ibrahim Libya berdasarkan penilaian pendapat pakar "on the ground" pada masa itu iaitu Polis dan Tentera.
Saya percaya jika juru pengkritik yg cuba menunjuk pandai dengan memberi komen negatif terhadap PM, Menteri dan Anggota Tertinggi Tentera dan Polis boleh terkencing dalam seluar bila berhadapan suasana hidup mati yang dihadapi Anggota Keselamatan pada masa itu.
Seperti kata pepatah "Menyalak bagai nak terbelah bukit, tetapi bercawat ekor dicelah kaki belakang". "Rumah siap, pahat berbunyi".
Seperti yg saya nyatakan lebih awal tadi, tidak semua perkara dapat diluahkan disini kerana kekuranga ruang, masa dan sumber. Ianya hanya semata mata berdasarkan pengalaman diri sendiri. Mungkin ada terdapat sedikit kelemahan disana sini. Tetapi secara keseluruhannya begitulah gambaran sebenarnya. Bukan direka reka atau khayalan penulis. Tidak ada apa apa keuntungan kpd penulis tetapi penulis tidak mahu bersubahat dengan pemfitnah dan penyebar berita palsu.
Terima Kasih Ayahanda atas penerangan ISU TRAGEDI MAMALI yg belaku 32tahun lepas....
Sama2 kita sedekahkan Alfatihah pada mereka yg terkorban semoga roh mereka sentiasa dilimpahi rahmat Allah...
- Bob Oziel Johar -
Sumber Kisah Benar Tragedi Memali Diceritakan Oleh Anggota Polis Yang Terlibat Secara Langsung
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wbI4e6
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment