TIKAD – Dron Dilengkapi Mesingan Untuk Kegunaan Medan Perang Dihasilkan
Bermula sebagai sistem fotografi udara, Dron kini sudah semakin kompleks dan telah berkembang penggunaannya ke sektor pertanian dan ketenteraan. TIKAD ialah dron terkini yang dihasilkan untuk digunakan di medan perang. Dron ini direka khas untuk membawa senjata seperti mesingan dan pelancar bom.
TIKAD dibangunkan oleh Duke Robotics, sebuah firma yang berpangkalan di Florida. Robot ini adalah buah kepala Raziel Atuar yang pernah bertugas di dalam unit tentera khas Israel. Pengalaman beliau di Israel memberikan idea untuk membangunkan TIKAD. Dron ini telah diuji oleh tentera Israel pada tahun 2015 dan kini ia akhirnya dijual kepada pihak yang berminat. TIKAD mampu membawa sistem senjata dengan berat tidak melebihi 10 kilogram.
Penggunaan dron di dalam medan perang oleh syarikat Israel sebenarnya tidaklah mengejutkan. Negara ini adalah antara yang terawal menyedari kemampuan dron sebagai ganti kepada tentera manusia bagi menjalankan misi berbahaya.
Baca – Teknologi Robotik Dan Kenderaan Tanpa Pemandu Israel Yang Digunakan Di Gaza
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uRxEjP
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment