Hi! Welcome Back and Stay Tune! REFORMASI SEBELUM TERKUBUR: NURUL IZZAH - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

REFORMASI SEBELUM TERKUBUR: NURUL IZZAH

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu buat kajian dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang mengatakan bahawa agenda reformasi telah terkubur.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, agenda reformasi dimulakan secara spesifik bukannya bagi menyasarkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, tapi adalah untuk berubah ke arah sistem pentadbiran lebih baik.

“Saya minta perdana menteri memikirkan semula kenyataan sebelum mengkritik agenda reformasi yang menguntungkan rakyat.

“Najib perlu membaca sejarah dahulu, kemudian barulah boleh mengeluarkan kenyataan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, semalam.

Nurul Izzah berkata demikian, mengulas kenyataan Najib yang memaklumkan bahawa sudah tiba masanya pengundi di Permatang Pauh membuat perubahan dengan memilih BN pada PRU14.

Najib berkata, parti pembangkang menggerakkan reformasi kira-kira 17 tahun lalu, untuk melawan Mahathir, tetapi secara rasminya gerakan itu boleh dikatakan berkubur apabila orang yang dilawan dahulu membuat pusingan 360 darjah, dan kini bekerjasama dengan pembangkang.

Dalam perkembangan lain, ketika menjawab mengenai desakan Pas supaya Mahathir meminta maaf kepada bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau berkata, kepentingan negara harus diberi keutamaan buat masa ini.

Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, yang perlu menjadi perhatian pembangkang buat masa ini adalah mengenal pasti musuh utama iaitu rasuah, masalah kewangan dan lain-lain lagi.

“Saya fikir Mahathir juga memahami kita tak mahu terperangkap dengan sistem yang mampu melahirkan diktator.

“Biarlah Najib menjadi diktator terakhir,” katanya.

– Sinar Harian

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vN1C7B

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.