Ketua Geng 36 Maut Berbalas Tembak Dengan Polis
SUNGAI PETANI: Seorang lelaki yang dipercayai Ketua Geng 36, maut selepas berbalas tembak dengan polis di sebuah rumah dalam kejadian di Lagenda Height dekat sini, pagi tadi.
Dalam kejadian jam 7 pagi itu, suspek berusia 33 tahun terbabit dikatakan enggan menyerah diri ketika diminta berbuat demikian, sebaliknya bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah pasukan khas dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Muda, yang menyerbu rumahnya.
Sumber berkata, suspek yang berada dalam senarai orang yang dikehendaki, kemudian melarikan diri ke tingkat dua rumahnya ketika polis merempuh masuk dan cuba menahannya.
"Suspek yang terkepung bertindak lebih agresif apabila melepaskan beberapa tembakan menyebabkan polis terpaksa membalas tembakan bagi mempertahankan diri.
"Susulan kejadian itu, polis merampas sepucuk pistol milik suspek dan pemeriksaan lanjut menemui sejumlah dadah di dalam rumahnya," katanya kepada BH di sini, hari ini.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini, untuk bedah siasat.
Satu sidang media dijadual diadakan Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri tengah hari ini. - BHOnline
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wbmlmr
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment