Hi! Welcome Back and Stay Tune! PKR MASIH BERUSAHA BINCANG, PUJUK PAS - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PKR MASIH BERUSAHA BINCANG, PUJUK PAS

GOMBAK – PKR masih berusaha untuk berbincang dan memujuk Pas bagi mewujudkan kerjasama politik menjelang PRU14.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, bagaimanapun berkata, usaha dan perbincangan tersebut merupakan inisiatif daripada PKR dan bukannya atas kapasiti Pakatan Harapan atau komponen lain.

“Setakat ini masih belum ada apa-apa keputusan lagi berkaitan perbincangan dengan Pas…perbincangan kerjasama dengan Pas ini hanya melibatkan PKR sahaja, bukan Pakatan Harapan.
“Ingin saya tegaskan, apa-apa perbincangan dengan Pas setakat ini merupakan inisiatif daripada PKR, ianya tiada kena-mengena dengan Pakatan Harapan.

“Saya tidak boleh mewakili Pakatan Harapan, sebab itu saya katakan inisiatif itu atas kapasiti PKR untuk mengekalkan kerjasama dengan Pas,” katanya.

Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Lembu Korban Sempena Aidiladha di Masjid At-Taqwa, Selayang Baru.

Sementara itu, mengulas mengenai dakwaan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa memiliki wang tunai RM83 bilion di Taiwan, Azmin melihat dakwaan berkenaan lebih bermotif politik.

“Mengapa sekarang mahu menaikkan isu ini? Mengapa tidak ketika 23 tahun Tun Mahathir masih mentadbir?,” katanya.

– SH

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2x0zAnI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.