Bapa Terima 7 Jahitan Akibat Ditumbuk Anak Sendiri
YAN – Seorang warga emas berusia 71 tahun menerima tujuh jahitan pada keningnya selepas ditumbuk anaknya dalam kejadian di sebuah kampung di Sungai Limau di sini tiga hari lalu.
Ketua Polis Daerah Yan, DSP Muhamad Halim Yatim berkata dalam kejadian 4.40 petang Rabu itu, mangsa dikatakan mahu keluar dari rumah menerusi pintu belakang untuk memberi makan ayam peliharaannya.
Anak mangsa berusia 38 tahun yang ketika itu sedang duduk di situ tidak berpuas hati dan marah apabila bapanya meminta dia beralih dari situ lalu bertindak memukul muka mangsa.
Mangsa yang tidak melawan telah mengalami kecederaan pada bahagian kening sebelah kanan lalu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Yan,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
Menurutnya suspek ditahan pada 11 malam hari sama dan ujian air saringan air kencing terhadap suspek mendapati lelaki itu juga postif dadah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 323/18A Akta Keganasan Rumah Tangga,” katanya. – BERNAMA
Via: Mynewshub
Sumber Bapa Terima 7 Jahitan Akibat Ditumbuk Anak Sendiri
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vb1H1j
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment