Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Azmin Tiada Masa Untuk SPRM' - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Azmin Tiada Masa Untuk SPRM'


PETALING JAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad, percaya tindakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menangguhkan inisiatif Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di negeri itu disebabkan tiada masa kerana terlalu sibuk.

Dzulkifli berkata, sehingga ke saat ini, program itu tidak dijayakan di negeri itu walaupun perbincangan untuk mencari tarikh baharu sudah dilakukan.

"SPRM tidak meminta apa-apa selain komitmen membanteras rasuah... dengan ikrar sahaja, itu sahaja yang kita pinta.

"Azmin haruslah menunjukkan kepemimpinan negeri yang ditadbir dengan bersih.

"Mungkin dengan tarikh baharu dan sesuai kerajaan Selangor sudi melakukannya, tetapi setakat ini ia masih belum ada.

"Mungkin beliau (Azmin) agak sibuk sehingga tidak mempunyai masa untuk kami," katanya selepas Kembara Jelajah Antirasuah (KEJAR) 2017 peringkat negeri Selangor, di sini.

Yang turut hadir adalah Tengku Indera Setia Selangor, Tengku Ahmad Shah, yang mewakili Sultan Selangor.

Dzulkifli berkata, kerajaan negeri Selangor seharusnya mengambil contoh sembilan komuniti daerah di negeri itu yang sudah menandatangani IBR, hari ini.

Ditanya mengapa Azmin tidak muncul pada program KEJAR itu, Dzulkifli berkata, pemimpin itu dijadualkan hadir berdasarkan perancangan awal program. - BHOnline


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hb1R3u

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.