Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bau Gas Dari Kilang Di Pasir Gudang Masuk Singapura - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bau Gas Dari Kilang Di Pasir Gudang Masuk Singapura

SINGAPURA – Bau yang ‘tidak selesa’ yang dihidu penduduk di sini pada Isnin lepas, adalah berpunca dari sebuah kemudahan perindustrian di Pasir Gudang, Johor, menurut Agensi Alam Sekitar Kebangsaan Singapura (NEA) hari ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, NEA berkata ia telah menghubungi rakan sejawatannya di Malaysia, Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada hari yang sama, untuk mendapatkan bantuannya.

“JAS telah menghantar anggotanya untuk mengenal pasti sumber bau itu. Ia telah mengesan sumber bau itu daripada sebuah kemudahan perindustrian di Pasir Gudang dan telah mengambil tindakan terhadap pengendalinya,” kata NEA dan menambah ia akan terus memantau kualiti udara di republik itu.

Pada petang, 25 September lepas, NEA dan Angkatan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menerima panggilan daripada orang awam melaporkan mengenai bau gas yang kuat yang dikesan di beberapa lokasi di Singapura, terutama bahagian timur laut republik itu.

Kenyataan itu berkata NEA dan SCDF dengan segera menghantar pasukan mereka untuk menjalankan siasatan dan mengukur kualiti udara di sekitar kawasan itu.

Siasatan NEA termasuk melakukan pemeriksaan di kilang-kilang di kawasan terlibat, dan lain-lain kemungkinan tentang kebocoran gas dan kimia.

NEA dan SCDF tidak menemui apa-apa yang tidak normal dalam operasi kilang di Singapura yang boleh menyebabkan bau gas seperti itu, menurut kenyataan tersebut.

Dalam tempoh bau yang dilaporkan itu, NEA berkata angin bertiup perlahan dan terdapat pertumpuan angin di bahagian utara Singapura.

“Ini mungkin membawa kepada pengumpulan dan penyebaran bau yang perlahan di kawasan itu,” katanya,” katanya. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wpGm5E

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.