Hi! Welcome Back and Stay Tune! Suri Rumah Ditikam Dalam Kes Cubaan Samun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Suri Rumah Ditikam Dalam Kes Cubaan Samun

KUANTAN – “Mak kena tikam…” merupakan ayat pertama didengari pelajar darjah dua, Mohd Abid Nasrul sebaik sahaja pulang dari sekolah tengah hari ini.

Dia berkata adik bongsunya Mohd Aqil, 4, menjerit memaklumkan ibu mereka Norhasilah Ismail, 34, maut akibat ditikam di bahagian kanan perut dan dada dalam kejadian cubaan samun di Kampung Hijrah di sini.

Tambahnya, semasa itu Mohd Aqil berada di dalam bilik di bahagian atas rumah itu, yang pintunya dikunci dari luar, menyebabkan adiknya menjerit meminta tolong apabila menyedari abang, bapa dan kakak tirinya sudah pulang ke rumah.

“Saya naik ke atas untuk keluarkan adik… saya beritahu ayah, tapi ayah tak percaya dan cuba mencari ibu di dapur sebelum ke ruang tamu dan menjumpai ibu yang terbaring dalam keadaan berlumuran darah,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Abid, 8, berkata sebelum itu bapanya, Nasrul Mansor, 32, menjemput dia dan kakak tirinya, Nor Alia Arieysa Mohd Shuhaimi, 13, pulang dari sekolah.

Katanya, kali terakhir mereka berjumpa ialah pagi ini, apabila ibunya dan Mohd Aqil menghantar dia dan Nor Alia Arieysa ke sekolah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata mangsa dipercayai disamun selepas pulang ke rumah daripada menghantar anaknya ke sekolah sekitar pukul 8 pagi ini manakala suaminya keluar menjual ikan di pasar borong Kamunting di sini.

“Polis juga tidak menolak kemungkinan berlaku bergelutan sebelum mangsa ditikam. Polis juga akan meneliti rakaman kamera litar tertutup di rumah mangsa untuk mengenal pasti suspek,” katanya.

Abdul Aziz menambah mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini untuk bedah siasat dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2x4pZLi

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.