Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bekas Pembantu Pendaftar JPN Hadapi 5 Pertuduhan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bekas Pembantu Pendaftar JPN Hadapi 5 Pertuduhan

JOHOR BAHRU – Seorang bekas pembantu pendaftar Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas lima pertuduhan memperdayakan lima individu berhubung proses permohonan kad pengenalan, kad pengenalan gantian dan pembaharuan kad Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Muhammad Khudzairi Fitri Hussein, 36, didakwa memperdayakan Misriah Khalilludin untuk mempercayai bahawa kad pengenalannya boleh diproses dengan bayaran RM300 dan RM150 di pejabat JPN, Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Taman Setia Tropika dan di sebuah rumah di Lorong Cempedak, Kampung Sinaran Baru, Maju Jaya di sini.

Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu pada awal dan akhir Mac 2015 antara pukul 2 hingga 6.30 petang mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang kini seorang tukang cuci di Singapura juga berdepan dua pertuduhan memalsukan dokumen Surat Permohonan Gantian Lewat Kad Pengenalan dengan niat hendak menyebabkan Muhammad Ismal Tumiran dan Muhammad Saefful Tumiran melepaskan harta (wang tunai) masing-masing berjumlah RM1,000 untuk urusan permohonan gantian lewat kad pengenalan.

Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN, Taman Setia Tropika pada 24 Jun 2012 mengikut Seksyen 465 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Tertuduh yang sudah berkahwin juga berdepan pertuduhan memalsukan Surat Akuan Penahanan Dokumen JPNM Akta Pendaftaran Negara 1959, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2001) pada 26 Feb 2013 di tempat sama.

Did dituduh membuat pemalsuan itu dengan niat hendak menyebabkan Musa Absin melepaskan harta iaitu wang tunai RM2,000 untuk urusan pendaftaran dan membuat kad pengenalan serta pembaharuan kad Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) mengikut Seksyen 465 kanun sama.

Tertuduh mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias.

Mahkamah menetapkan esok sebagai tarikh sebutan semula kes untuk urusan tawaran jaminan di hadapan Hakim Mahkamah Khas Rasuah Mohd Fauzi Mohd Nasir.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Norsyarina Raizan manakala tertuduh diwakili peguam Nor Afiqah Hambali. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2x82K79

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.