Hi! Welcome Back and Stay Tune! Felda mahu FGV diurus sebaiknya bukan dipolitikkan - Shahrir - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Felda mahu FGV diurus sebaiknya bukan dipolitikkan - Shahrir

JOHOR BAHRU: Felda sebagai pemegang saham terbesar Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) mahukan entiti itu diurus sebaik mungkin sebagai satu bisnes dan bukan dipolitikkan, kata Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abd Samad.

Beliau berkata pelantikan Pengerusi FGV yang baharu Datuk Azhar Abdul Hamid sememangnya tepat memandangkan latar belakang tokoh itu sebelum ini dalam perniagaan industri sawit serta berpengalaman dalam perakaunan profesional, menguruskan syarikat yang terbukti integritinya.

Justeru itu, tidak timbul isu Azhar akan lari daripada tanggungjawab itu, tegasnya.

Shahrir berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataan seorang ahli politik yang mahu Azhar menangani sebarang isu atau masalah sehingga selesai dan tidak mengulangi tindakannya yang didakwa meninggalkan syarikat ketika bersama dengan MRT Corp sebelum ini.

"Kalau pasal hendak bagi nasihat, cakap dengan saya. Saya (pengerusi) Felda dan Felda adalah bapa kepada FGV.... saya orang politik, jadi datang jumpa saya," katanya yang sebelum itu merasmikan Program UMNO Bantu Rakyat 2.0 di Dewan Sekolah Menengah Sri Tebrau di sini, pada Jumaat.

Sementara itu, Shahrir yang juga Ketua Bahagian UMNO Johor Bahru dan anggota Parlimen Johor Bahru berkata UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak terganggu dengan 'tumpuan' pembangkang di kawasan Parlimen diwakilinya itu, sebaliknya akan terus melaksanakan tanggungjawabnya kepada pengundi di kawasan terbabit.

"Kita mesti bersedia untuk bersaing di atas rekod pencapaian dan janji-janji kita untuk masa depan. Itulah keadaan BN dan UMNO dari dahulu sampai sekarang. Pilihan raya adalah satu proses dan parti akan sentiasa bekerja," katanya.

Pada program itu, Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BiKUM) membantu 300 murid daripada beberapa sekolah rendah di kawasan Parlimen Johor Bahru untuk membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) dengan sumbangan sebanyak RM100 ke dalam setiap akaun.

Menurut Pengerusi BiKum Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, sumbangan itu dilihat akan memberikan kesan jangka masa panjang selain mahu membudayakan masyarakat untuk menabung.

-- BERNAMA



Sumber Felda mahu FGV diurus sebaiknya bukan dipolitikkan - Shahrir

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yxW7YM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.