Hi! Welcome Back and Stay Tune! Google Akan Padam Salinan Sandaran Peranti Android Sekiranya Tidak Menggunakan Peranti Selama Dua Bulan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Google Akan Padam Salinan Sandaran Peranti Android Sekiranya Tidak Menggunakan Peranti Selama Dua Bulan

Google Android BackupGoogle melalui sistem operasi Android sedia menyediakan sokongan membuat salinan sandaran back-up, yang mana bertujuan untuk memudahkan pengguna untuk beralih ke peranti Android baru dengan mudah dan memindahkan bersama data-data mereka.

Walaubagaimanapun, mungkin ramai tidak ketahui akan tempoh masa sesuatu salinan sandaran tersebut disimpan. Melalui halaman sokongan Google, ia dilihat secara kasar Google akan menyimpan salinan sandaran untuk sesuatu peranti Android selama sehingga 2 bulan, dan sekiranya anda tidak menggunakan peranti Android selama dua bulan, maka data anda akan dipadam terus daripada simpanan di Google Drive.

Jadi, sekiranya anda beralih ke peranti iOS atau platform lain, mungkin anda perlu pastikan anda mempunyai sebuah telefon Android yang aktif setiap dua bulan sekali untuk mengelakkan data salinan sandaran anda selamat dan tidak hilang begitu sahaja.

Buat masa ini, Google tidak memberikan sebarang notifikasi untuk memadam data dan sebagainya. Bagi anda yang ingin menyemaknya sendiri, boleh ke aplikasi Google Drive anda, dan melihat pada folder Backups.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wzmZWY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.