Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kemasukan semula Mat Taib strategi UMNO rampas balik undi - Dr Sivamurugan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kemasukan semula Mat Taib strategi UMNO rampas balik undi - Dr Sivamurugan

KUALA LUMPUR: Penerimaan masuk Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib ke dalam UMNO semula merupakan strategi parti itu untuk merampas semula undi dari parti pembangkang.

Demikian pandangan Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Prof Dr Sivamurugan Pandian, yang menyifatkan langkah itu sebagai usaha yang cuba dilakukan oleh Barisan Nasional dan UMNO untuk memberi nilai tambah kepada kedudukan serta persaingan parti itu di Selangor.

“Apabila beliau keluar dari UMNO, barangkali itu merupakan usaha untuk mengkaji pemikiran pengundi Melayu yang pernah bersama dengan Pas, PKR dan UMNO dan juga bagaimana beliau boleh melahirkan keyakinan ke arah itu,” katanya kepada Astro AWANI.

Beliau juga tidak menafikan bahawa kehilangan Muhammad atau 'Mat Taib' akan memberi impak kepada Pakatan Harapan kerana beliau pernah bersama dua parti besar di Selangor.

BACA: 'Mat Taib' kembali sertai UMNO

“Apatah lagi pada tahun 2013, analisis menunjukkan bahawa kemasukkan beliau dalam Pakatan Harapan membolehkan Pas mengunakan kehadiran beliau untuk mempengarahui pengundi Melayu yang melakukan undi protes terhadap UMNO.

“Itu juga cabaran Muhammad  bagaimana beliau boleh kembalikan sokongan yang hilang dari UMNO,” katanya.

Tambahnya, Pakatan Harapan juga mempunyai cabaran bagi mencari pengganti Mat Taib yang mempunyai peranan yang penting untuk kedudukan dalam Selangor.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xrVouX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.