Lokasi Popular Berusia Lebih Tiga Dekad Ini Terus Dikunjung Ramai Pengujung
'Loken' dibuka seawal jam 6 pagi sehingga 1 petang pada setiap Ahad yang menjual pelbagai jenis barangan. (Gambar: Eiylla Syaharith)
Namun, bagi pengunjung luar ia menjadi lokasi wajib dan tidak lengkap jika tidak berkunjung Pasar Karat Ipoh yang terletak di Jalan Horley yang kini dikenali sebagai Gerbang Memory Lane.
Dibuka seawal jam 6 pagi sehingga 1 petang pada setiap Ahad, pengunjung boleh membeli atau sekadar melihat pelbagai barangan yang dijual.
SEJARAH 'LOKEN'
Suatu ketika dulu, lokasi asal 'Loken' terletak berdekatan dengan Bazar Lam Look King (Jalan Laxamana) dan dipanggil Pasar Lam Looking pada waktu dahulu kerana ia berdekatan dengan bazar ini.
Pasar Karat Ipoh atau 'Loken' merupakan salah satu lokasi patut dikunjungi sesiapa sahaja yang datang melancong ke Ipoh.
Mengikut sejarah, dulunya loken ni terletak berdekatan tepi Sungai Kinta tetapi dengan kerjasama Dewan Bandaraya Ipoh dan peniaga-peniaga loken, tapak ini dipindahkan di Jalan Horley, Ipoh.
Menariknya, di sini terdapat pelbagai barangan lama dan antik serta banyak barang keperluan lain termasuk koleksi duit syiling dan duit kertas lama, seterika arang, buku, cermin mata, kamera antik, keris lama, barangan perhiasan dan bermacam-macam lagi semuanya ada di sini.
Barangan 'bundle' juga banyak termasuk barangan alat ganti untuk motosikal, kereta atau barangan elektrik manakala jangan bimbang, harga yang ditawarkan jauh lebih murah jika pandai tawar menawar.
Keunikkan Pasar Karat Ipoh ini juga apabila peniaganya hanya membentangkan tikar bagi menyusun barangan jualan masing-masing, sambil berlindung dari panas di sebalik payung.
Sementara itu, Rojak Daily Skop! turut dimaklumkan selain tarikan pelancong tempatan dan luar negara, lokasi ini juga pernah menjadi lokasi penggambaran filem tempatan dan antarabangsa seperti Potret Maria (1980), Anna And The King (1999), Embun (2002), Paloh (2003) Sepet (2005), Gubra (2005), Mualaf (2007), Talentime (2008) dan banyak lagi.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jF4z6b
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment