Hi! Welcome Back and Stay Tune! NAZRI: NAMA BESAR KEMBALI ATAU TIDAK, UMNO SEDIA HADAPI PRU - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

NAZRI: NAMA BESAR KEMBALI ATAU TIDAK, UMNO SEDIA HADAPI PRU

Seorang anggota Majlis Tertinggi Umno berpendapat parti itu sudah bersedia sepenuhnya menghadapi pilihan raya umum (PRU) walaupun tanpa kemasukan semula nama-nama besar.

Kata Datuk Seri Nazri Aziz, apa yang menjadi keutamaan Umno kini ialah memberi tumpuan kepada PRU dan tidak terganggu dengan khabar mengenai kemungkinan ada bekas pemimpin parti akan kembali ke PWTC.

Kata Nazri Umno boleh mencapai kejayaan walaupun tanpa kembalinya bekas anggota parti berkenaan.

“Kami tidak perlu diganggu dengan (perkhabaran) ini. Kami sudah bersedia untuk menghadapi PRU akan datang.

“Saya tak fikir ada keutamaan untuk membawa nama-nama besar ke dalam parti (kerana) yang paling penting ialah memenangi hati pengundi,” katanya.

Nazri yang juga menteri pelancongan dan kebudayaan ditemui media di Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu beliau ditanya mengenai kemasukan semula Tan Sri Muhammad Muhammad Taib ke dalam Umno semalam.

Ia diumumkan sendiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam sidang media yang dikhabarkan membawa berita penting kepada negara.

Perhatian ramai semakin tertumpu kepada sidang media di Ibu Pejabat Umno di PWTC itu selepas diberitakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memendekkan tempoh lawatan beliau ke Perlis.

Anggota Majlis Tertiggi Umno juga berkumpul di PWTC untuk sidang media yang tidak didedahkan tujuannya terlebih awal itu.

Mengenai Muhammad, Nazri berkata beliau tidak tahu apa yang akan disumbangkan oleh bekas menteri besar Selangor itu kepada Umno.

“Saya tak tahu. Kamu kena tanya dia sendiri,” katanya.

Muhammad, 72, pernah dipilih anggota Umno untuk menjadi naib presiden mereka pada 2004. Beliau kemudian menjadi menteri besar Selangor antara 1986 hingga 1997 apabila meletakkan jawatan selepas didakwa di mahkamah Australia kerana membawa wang seberat 19 kilogram pada 1996.

Bagaimanapun selepas dibicarakan Muhammad didapati tidak bersalah oleh mahkamah Brisbane tidak lama kemudian.

Beliau mengumumkan kemasukannya secara rasmi ke dalam PAS pada 2013. Bagaimanapun beliau berpindah pula kepada PKR ekoran gerakan ‘pembersihan’ kumpulan sederhana dalam PAS melalui muktamar pada 2015.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y8ydTz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.