Hi! Welcome Back and Stay Tune! PESTA ARAK BETTER BEER FESTIVAL DIHARAMKAN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PESTA ARAK BETTER BEER FESTIVAL DIHARAMKAN

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan penganjuran pesta arak Better Beer Festival 2017 yang dirancang pada 6 dan 7 Oktober depan di ibu negara.

Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL Khalid Zakaria berkata DBKL menolak permohonan yang yang diterima pada 28 Ogos lalu, lapor Sinar Harian, yang memetik satu kenyataan.

“Permohonan aktiviti itu pada tempat, masa dan tarikh yang dinyatakan adalah tidak diluluskan.

“Sekiranya penganjur meneruskan aktiviti tersebut, DBKL berhak mengambil tindakan bawah peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya.

Laporan itu tidak menyatakan sebab acara itu tidak diluluskan.

Better Beer Festival adalah acara untuk merasai produk pengeluar bir bebas. Penganjuran masuk tahun keenam pada tahun ini.

Ia dianjurkan oleh pengedar bir MyBeer (M) Sdn Bhd.

Penganjurannya dibantah oleh PAS, antaranya tiada jaminan ia tidak disertai orang Islam dan didakwa bakal mengundang masalah sosial.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y8CaaY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.