Tabung Derma Pusat Tahfiz Dilarikan Pasangan Dipercayai Suami Isteri
KEMAMAN: Satu pasangan dipercayai suami isteri disyaki telah melarikan tabung derma pusat tahfiz di sebuah stesen minyak di Kerteh dekat sini semalam.
Perbuatan lelaki dan wanita yang masing-masing berusia dalam lingkungan 40-an dan 30-an tersebut melarikan tabung derma yang diletakkan di atas kaunter juruwang kedai serbaneka pada pukul 2 petang terbabit telah berjaya dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) stesen minyak itu.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd. Said Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek menggunakan modus operandi berpura-pura membeli barangan dan berborak dengan dua juruwang yang bekerja di kaunter tersebut bagi melekakan mereka.
"Berdasarkan rakaman CCTV kedai serbaneka stesen minyak terbabit, suspek lelaki berpura-pura bertanyakan tentang barangan yang kononnya hendak dibeli manakala suspek wanita pula membuat helah kononnya mahu membuat pembayaran.
"Sebaik sahaja kedua-dua juruwang itu leka, suspek lelaki dilihat mengambil tabung kutipan derma terbabit sebelum keluar dari premis itu menerusi pintu hadapan," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. - K! ONLINE
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hckLqW
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment