Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hampir 25% Rakyat Malaysia Sanggup Membelanjakan Lebih RM 1600 Untuk Membeli Peranti Pintar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hampir 25% Rakyat Malaysia Sanggup Membelanjakan Lebih RM 1600 Untuk Membeli Peranti Pintar

Hari ini hangat di atas talian mengenai harga jualan iPhone X yang hampir mencecah RM 6,000 sebuah. Di ruangan komen Facebook Amanz, ramai yang merasakan harga yang ditetapkan Apple ini amat melampau. Tetapi menurut kajian yang dilakukan oleh Counterpoint, 23% rakyat Malaysia sanggup membayar lebih daripada $400 (~RM 1682) untuk membeli sebuah peranti pintar.

Ini adalah peratusan yang agak tinggi kerana di Jepun hanya 13% sanggup membayar pada tanda harga tersebut walaupun mereka tinggal di negara maju. Arab Saudi mencatatkan peratusan tertinggi dengan 53% menakal India paling rendah dengan hanya 5%.

Di dalam kajian yang sama, secara purata pengguna membeli peranti baru setiap 21 bulan dengan rakyat Malaysia bertukar peranti setiap 22 bulan. Jepun paling jarang menukar peranti kerana melakukannya setiap 26 bulan.

Akhir sekali 26% pemilik  menghabiskan lebih 7 jam sehari menggunakan peranti. Hanya 1% peratus menggunakannya kurang dari sejam. Aktiviti paling popular dilakukan menggunakan peranti pula ialah melayari web dengan 64%.

Adakah anda tergolong di dalam kategori insan yang sanggup membayar lebih dari $400 untuk sebuah peranti? Sekiranya ya apakah jumlah termahal pernah anda bayar untuk sebuah peranti pintar?



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yiGcyx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.