"Hanya Kain Pelikat Milik Arwah Suami Jadi Pengubat Rindu Anak Kami."- Isteri Sarjan Mejar Abdul Hakim Samingan..
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (dua, kiri) bertanya khabar kepada Zarina Abdul Rahman, balu kepada anggota polis yang terkorban dalam kemalangan jalan raya, Allahyarham Abdul Hakim Samingan ketika melawat dan menyampaikan sumbangan di Kampung Darat, Rajawali, Sabtu. -fotoBERNAMA |
DUNGUN: "Hanya kain pelikat milik arwah jadi pengubat rindu anak bongsu kami," kata isteri Sarjan Mejar Abdul Hakim Samingan, 54, yang maut dalam nahas di Km 139, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat Teluk Kalong, Kemaman, Khamis.
Zarina Abdul Rahman, 37, berkata sejak kehilangan suaminya, anak bongsu mereka Muhammad Hazim Abdul Hakim, 3, sukar untuk tidur.
"Pagi tadi dia baru boleh tidur selepas saya selimutkannya dengan kain pelikat yang pernah dipakai ayahnya. Dia sebelum ini sangat rapat dengan ayahnya dan sering tidur beralaskan lengan ayahnya.
"Selepas ketiadaan suami saya, saya juga seperti hilang semangat untuk meneruskan hidup terutamanya untuk membesarkan tiga anak kami termasuk Muhammad Hilman, 9, dan Ariff Zakwan, 7.
"Apa yang lebih merisaukan saya bagaimana hendak membesarkan dan memberi pendidikan kepada Muhammad Hilman yang merupakan OKU (lembab dalam pelajaran)," katanya.
Dia ditemui di rumahnya di Kampung Darat Rajawali di sini hari ini selepas diziarahi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Abdul Hakim dan rakan setugasnya Koperal Suresh A/L Itchang, 34, maut akibat dirempuh sebuah lori ketika mereka bersama 25 pegawai dan anggota yang lain dalam perjalanan pulang selepas menjalani latihan menunggang jarak jauh dengan motosikal berat di Mersing, Johor.
Zarina berkata seminggu sebelum bertolak ke Johor, suaminya menjadi lebih manja dan selalu memeluknya dan mengingatkanya supaya menjaga anak-anak mereka dengan baik.
"Agak pelik sebab dia tidak pernah berpesan sedimikian rupa dan saya tidak menyangka ia adalah pesanan dan perbuatan akhir sebelum dia pergi meninggalkan kami, " katanya.
Katanya dia terharu dengan kunjungan Ahmad Zahid ke rumahnya. -Bernama
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yj3lnf
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment