Samsung Bixby 2.0 Akan Diperlihatkan Pada 18 Oktober
Bixby ialah pembantu maya yang dibangunkan oleh Samsung. Ia adalah pembantu maya terkini di pasaran yang cuba bersaing dengan Siri, Cortana, Alexa dan Google Assistant. Oleh sebab usianya yang muda, ia masih belum berfungsi dengan sempurna.
Ketua bahagian peranti mudah alih Samsung DJ Koh mengakui Bixby masih mempunyai banyak ruang untuk diperbaiki. Oleh itu Bixby 2.0 sedang dibangunkan oleh Samsung bagi memperbaiki kelemahan yang ada. Pengguna tidak perlu menanti lama untuk melihat penambahbaikan ini kerana Samsung akan mengadakan acara khas untuk pembangun pada 18 Oktober hadapan.
Sebagai pengguna peranti Samsung, kelemahan paling ketara ialah ia berfungsi lebih lambat berbanding Google Assistant. Tambahan lagi perisian pengenalan suaranya kurang tepat serta sokongan bahasa yang masih terhad kepada dua.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ynnkAm
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment